PERBANDINGAN NOVEL AZFA HANANI DENGAN KEMBARA AMIRA
|
TEKNIK PLOT
|
Novel Kembara Amira
|
Novel Azfa Hanani
|
Pemerian
|
Pengarang menggambarkan keadaan khemah yang didirikan oleh Prof. Zaidah dan kumpulannya yang tersusun
dalam bentuk separa bulatan ketika mereka sampai di Bukit Mat Raya
|
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu
mula-mula tiba di rumah Datin Maziah. Dia kagum akan situasi banglo tersebut yang jauh berbeza dengan rumah
pak long d
|
Dialog
|
Profesor Zaidah
berbual dengan Rusdi tentang kejadian tali khemah yang terputus
semasa hujan lebat.
|
Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran kejadian gerai burger Ekran yang terbakar
akibat perbuatan khianat.
|
Imbas kembali
|
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan
semasa berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang
dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr. Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
|
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan
sepupu- sepupunya di kampung
apabila terlihat makanan yang lazat dihidangkan ketika berada di banglo Datin
Maziah
|
Kejutan
|
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Malique dan Itai merupakan anak kepada Tau.
Misteri makhluk berbulu akhirnya terbongkar apabila
Pak Lias hampir-hampir membunuhnya ketika berada di puncak Gunung Gua Gajah.
Pembaca tidak menyangka bahawa Tau yang menyamar sebagai makhluk tersebut
setelah Ludin menarik bulu yang menutupi tubuh makhluk tersebut.
|
|
Suspens
|
Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Malique yang
disembunyikan oleh makhluk berbulu setelah dilaporkan hilang di dalam hutan.
|
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa
Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin
Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca
tertanya-tanya tentang reaksi Datin
Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama
|
Pembaca
ingin tahu tentang tindakan Amira setelah mendapati dirinya terdampar
di tebing sungai di sisi dua orang lelaki yang memegang sumpit. Peristiwa ini
berlaku setelah Amira terjatuh ke dalam arus sungai yang deras kerana gagal
melangkah dengan tepat di atas batu. Amira terus dihanyutkan oleh arus yang
deras dan hampir lemas.
|
|
|
Ketika Profesor Zaidah dan Pak Lias dalam
perjalanan untuk memeriksa barang yang dihantar oleh syarikat pengangkutan di
stesen kereta api, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias
hilang kawalan kerana mengalami masalah brek ketika menuruni bukit. Oleh itu,
pembaca tertanya-tanya tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment