Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak sampingan yang
dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
[8
markah]
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah - Watak Sampingan
Watak sampingan: Tengku Murni/ Murni
Perwatakan : Gemar berpakaian ‘rugged’ -
diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar yang terdapat dalam album
Tengku Murni. / Anak yang manja - Tengku Murni akan mencium
pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana. / Peramah - Tengku Ellina memberitahu
Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan hampir semua pelajar Sekolah Menengah
Taman Sari. / Tidak mudah mengalah - melalui perbualan antara Abang Mazran
dan Azfa Hanani, Tengku Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh
dengan abang-abangnya. / Tidak memandang rendah pada orang lain - Syafiqah
dan Fuziana ditegur oleh Tengku Murni kerana sering merendah-rendahkan orang
lain
Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir - Watak Sampingan
Watak sampingan: Profesor Zaidah
Perwatakan: Bertanggungjawab - Selaku pengarah kerja lapangan iaitu ekskavasi (kegiatan penggalian yang dilakukan untuk
mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala ) di Bukit Mat Raya. Dia
menjaga kebajikan dan keselamatan ahli pasukannya. Oleh itu, dia berusaha untuk
mendapatkan bekalan generator supaya kerja menggali boleh dilakukan pada waktu
malam dan bagi tujuan keselamatan ahli pasukannya yang berkhemah di Desa Karpus./ Penyayang - Setelah sedar
akan kesilapannya, dia memohon maaf daripada Amira kerana meletakkan tugasnya
di tempat yang pertama. Sambil berpelukan dia menegaskan bahawa walaupun sibuk,
dia amat sayang akan Amira kerana Amiralah satu-satunya anaknya./ Dedikasi
- Selepas mengalami kemalangan kerana masalah pada brek kenderaan pacuan
empat roda yang dinaikinya bersama-sama Pak Lias , Dr. Zawawi mencadangkan agar
ekskavasi dihentikan buat seketika tetapi Profesor Zaidah tidak mahu mengalah
dan tetap mahu meneruskannya.
ada apa lagi?
ReplyDelete