SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA
(EQUITY AND FAIRNESS IN THE GLOBAL
SETTING)
Naskhah Dr. Lim Swee Tin, pensyarah Universiti Putra
Malaysia (UPM) pada halaman 27-28 antologi Dirgahayu Bahasaku ini bertemakan
kesaksamaan hak dan status manusia sejagat. Hal ini demikian kerana manusia
tetap sama dan tidak seyogia dibezakan hanya kerana faktor geografi dan taraf
ekonomi sesebuah negara. Hakikatnya sempadan negara dan keperluan dokumen
perjalanan antara negara hanyalah keperluan rasmi seketika, justeru seluruh
warga dunia bernaung di bawah langit yang sama!
RANGKAP
|
MAKSUD
|
Di bawah langit yang sama
Kita hirup udara
Tanpa mengira Beirutmu
Atau Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama
|
Maksud
Penyajak menggambarkan
bahawa di mana-mana sahaja lokasi kita berada, kita menghirup udara
yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Tambahan lagi, bagi
penyajak taraf manusia adalah sama.
|
Aku suka gerimis di Kota
London
Pernah terpesona angin
dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau
aneka warna
tiada bezanya.
Siapa pun menghuni
Australia penghuni Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.
|
Maksud
Penyajak menyukai persekitaran kota London dan
Washington walaupun dalam keadaan cuaca yang ekstrem. Namun, tiada sebarang
perbezaan dari segi kehijauan pokok dan warna alam yang lain. Menurut
penyajak lagi, Sama ada seseorang itu penduduk Australia (negara maju yang
masyarakatnya berkulit putih), mahupun penduduk di benua Afrika (sebahagian
besarnya masih mundur), semuanya bernaung di bawah langit / bumi
yang sama. Penyajak juga berpendapat bahawa setiap tempat yang didiami oelh manusia di dunia ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
|
Aku inigin menyeberang Laut
China Selatan
Layari Lautan Teduh
rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki
malam
Anyam cinta pelangikan
zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita - warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.
|
Maksud
Penyajak ingin menjelajah
ke seluruh pelosok dunia iaitu keinginan penyajak untuk mengembara menyeberangi Laut China
Selatan ( ke luar negara ), atau melewati Laluan Sutera (antara
wilayah Asia Tengah, Russia dan China) untuk merasai suasana yang berbeza. Penyajak juga berhasrat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan
berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan serta keharmonian
dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama memperjuangkan keamanan.
|
Peta-peta itu yang
memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi
seketika
Pasport dokumen pengenalan
titik mula
Kita dakapi mimpi tak
berbeza
gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan
sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama.
.
|
Maksud
Penyajak mendapati manusia
sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki sesebuah
negara kita memerlukan dokumen
perjalanan yang rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat
di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta
mengikis rasa benci dan dendam agar kehidupan di dunia ini sentiasa
dalam keadaan harmoni. @ Manusia di
dunia dipisahkan oleh sempadan. Oleh itu, penyajak berharap agar sempadan
yang memisahkan manusia dibuka secara bebas. Visa dan pastport
hanyalah merupakan dokumen rasmi bagi pengenalan diri seseorang. Atas
dasar perpaduan sejagat, penyajak berharap manusia membuang perasaan benci
dan melupakan persengketaan sesama sendiri.
|
Tema: Kesamatarafan manusia walau di
mana-mana mereka berada - Walaupun manusia berada dan dipisahkan oleh sempadan,
mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.
UNSUR-UNSUR
KOMSAS DALAM SAJAK:
PERSOALAN
|
NILAI
|
HURAIAN / CONTOH
|
Persoalan tentang keindahan alam semula jadi di sesuatu
tempat.
|
|
Setiap
tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri.
|
Persoalan tentang harapan
dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
|
|
Setiap
orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
|
Persoalan tentang garis
sempadan yang memisah dan membezakan manusia.
|
|
Manusia
dipisahkan oleh faktor geografi.
|
Persoalan tentang
kepentingan hormat menghormati antara
manusia..
|
|
Nilai
ini penting demi menjamin keharmonian dalam kehidupan manusia
|
|
Nilai menghargai keindahan
alam.
|
Keindahan
alam perlu dihargai.
|
|
Nilai bertoleransi
|
.Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat agar
manusia dapat menyelesaikan konflik secara damai
|
|
|
Sikap bekerjasama dalam menjayakan sesuatu amat
diperlukan agar membuahkan hasil
|
Gaya Bahasa:
1. Personifikasi – Anyam cinta pelangikan zaman
2. Metafora – sejarah hitam
3. Pengulangan – Aku, Di bawah langit
4. Sinkof – Beirutmu, Kuala Lumpurku
5. Asonansi – Sesama kita – warga
dunia
6. Aliterasi – Lebur kebencian kuburkan
sejarah silam
Latihan Pemahaman:
(i) Terangkan maksud Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam seperti yang digunakan dalam
sajak di atas. [2 markah] –mengikis perasaan benci
dan melupakan segala persengketaan
(ii) Pada pendapat anda, apakah
usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menangani isu manusia sejagat. [3
markah] – prihatin terhadap masalah yang berlaku atau musibah
yang menimpa manusia di seluruh dunia
/ meletakkan isu tentang manusia sejagat
atau isu kemanusiaan melebihi kepentingan peribadi / menyokong sepenuhnya dasar
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang
mendukung prinsip keamanan dan kemanusiaan sejagat / mengadakan persidangan
secara berterusan anatar negara mundur, membangun dan maju
(iii) Pada pandangan anda,
mengapakah keamanan penting dalam kehidupan manusia? [3 markah]- manusia perlu hidup dalam suasana aman untuk mencipta tamadun / menjadikan
sesebuah negara itu hebat dan harmoni / mewujudkan suasana yang sejahtera dan
damai
No comments:
Post a Comment