Tuesday 5 November 2013

KARANGAN FOKUS SPM 2013


Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

Pendahuluan : -
Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi-isi penting :

Isi 1 :
Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara dunia ketiga berusaha mengurangkan indeks rasuah, terutama dalam kalangan penguat kuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa: amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3
: Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran, terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin ( peribahasa: hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

Isi 4 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberikan laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa: jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan :  -
Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Perkara yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.


No comments:

Post a Comment