Unsur saspens dalam sesebuah
novel dikemukakan oleh pengarang untuk
menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan
dua peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam novel tersebut.
[7 markah]
Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah - Peristiwa Saspens
1. Peristiwa
Azfa Hanani diarahkan ke bilik pengetua
– Azfa Hanani
ketakutan kerana pada sangkaannya dia dipanggil kerana kesalahannya mencuri
buku perpustakaan akibat kemiskinan hidupnya.
- Pembaca ingin
tahu hukuman yang akan dikenakan terhadap Azfa Hanani.
- Hakikatnya,
Azfa Hanani ingin ditemui oleh sepasang suami isteri yang ingin meminta
pertolongannya.
2. Peristiwa Azfa
Hanani bertemu dengan Datin Maziah selepas diajar oleh Tengku Mazran dan
isterinya, Syafinaz untuk menyamar menjadi Tengku Murni yang telah meninggal
dunia.
- Azfa Hanani
berdebar-debar ketika menurini anak tangga semasa ingin bertemu dengan Datin
Maziah
- Pembaca
ingin tahu sama ada Azfa Hanani berjaya melaksanakan tugas penyamaran sebagai
Tengku Murni atau sebaliknya
-Ternyata
Azfa Hanani berjaya kerana Datin Maziah percaya Azfa ialah anaknya yang telah
meninggal dunia
Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir - Peristiwa Saspens
1. Peristiwa
Amira dan Itai berhadapan dengan makhluk berbulu yang ditakuti oleh penghuni
rimba ketika mendapatkan sebutir emas untuk Jacinta.
- Amira dan
Itai bimbang akan keselamatan mereka sekiranya makhluk tersebut
mengapa-apakan mereka
- Pembaca
tertanya-tanya sama ada Amira dan Itai berjaya menyelamatkan diri daripada
makhluk tersebut atau tidak.
-Mereka berdua
berjaya menyelamatkan diri kerana makhluk itu sebenarnya ingin memburu pemburu
emas.
2. Peristiwa Amira
menemui mobile disk yang dipercayai milik Malique di puncak Gunung Gua Gajah.
- Amira
tertanya-tanya tentang sebab peranti tersebut boleh berada di situ. Amira juga
mengagal bahawa Maliqe berada di kawasan tersebut berdasarkan penemuan peranti
milik Malique itu
- Pembaca
tertanya-tanya sama ada tekaan Amira itu betul atau tidak.
- Mobile disk itu memang kepunyaan Malique yang terlbat dalam kemalangan ketika
mencari seorang pelombong emas yang hilang ketika hujan lebat
3. Peristiwa
Malique terjatuh ke dalam gaung apabila aliran lumpur menolak kereta yang
dinaikinya.
- Malique
bimbang akan keselamatan dirinya setelah kakinya tercedera dalam kejadian
tersebut
- Pembaca
tertanya-tanya sama ada Malique terselamat dalam peristiwa tersebut atau
sebaliknya.
- Malique yang cedera telah diselamatkan oleh Tau yang membawanya ke Gunung Gua Gajah
No comments:
Post a Comment