Tuesday 5 November 2013

TATABAHASA FOKUS SPM 2013


KESALAHAN ISTILAH  & TATABAHASA

LATIHAN  FOKUS SPM  :

A) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
(i)Penjajah yang pernah menjajah Melaka telah mengutip [……………………….. ] koleksi bahan-bahan […………………………………………..] bertulis dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan Kesultanan Melayu ke negara mereka.
(ii) Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini turut mendapat prihatin […………………………] mesyuarat Jemaah Menteri-menteri [……………………………………………….] yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

(iii) Jabatan Pertanian memperuntukkan bantuan kewangan bagi program pemutihan […………………………….]  tanah di dalam [………………] usaha membangunkan tanah terbiar.
                                                                                                                                              [6 markah]



B) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

            Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.                                                                                                                                                       [6 markah]

C) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

 (i) Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika berada di dalam terowong yang panas.

(ii) Pihak ibu bapa begitu murka kerana pihak sekolah tidak melaksanakan hukuman merotan mengikut prosedur yang betul.

(iii) Kita tidak boleh bergantung kepada sektor perindustrian semata-mata  kerana sektor pertanian juga memainkan peranan untuk menyumbangkan perolehan Negara                                                          [6 markah]

1 comment: