Tuesday 5 November 2013

KARANGAN FOKUS SPM 2013


Malaysia adalah antara negara yang menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dirantau ini. Hal ini demikian kerana negara ini mempunyai pelbagai keistimewaan yang dapat menarik pelancong dari luar negara.

Berikan pendapat anda tentang sumbangan sektor pelancongan kepada negara dan cadangkan langkah-langkah untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.

Pendahuluan

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2012, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing. Pelbagai faKtor telah menarik kedatangan pelancong ke nagara kita.

2. Isi-Isi

-Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

-Meningkatkan sumber pendapatan negara -  mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Penduduk boleh terlibat dalam ativiti pelancongan desa seperti Homestay, Agro Pelancongan dan lain-lain. Pendapatan penduduk meningkat
-Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di pelbagai peringkat seperti perkhidmatan, pengangkutan, penginapan dan pusat penerangan pelancongan.
-Tonjol imej positif sebagai promosi: `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

-Aspek keselamatan dan liputan media paling penting dalam membantu mempromosikan sektor pelancongan. Ketenteraman dan keselamatan sesebuah negara adalah amat penting. Tanpa keamanan pelancong asing akan sukar melawat negara berkenaan

- Meningkatkan kualiti perkhidmatan - mutu perkhidmatan adalah antara kayu pengukur yang dapat memastikan pelancong datang berulang kali ke negara ini. Perkhidmatan ini tidak terhad kepada hotel dan restoran saja, malah membitkan kemudahan pengangkutan termasuk lapangan terbang, teksi dan bas. Kemudahan perkhidmatan tukaran wang asing dan komunikasi juga perlu diberi perhatian atau matlamat negara untuk menarik 10 juta pelancong tahun ini tidak akan tercapai.


Penutup
sektor pelancongan telah mendatangkan banyak kebaikan kepada Negara. Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk memajukan lagi sektor ini perlu dipertingkatkan terutama pengekalan alam sekitar dan perkhidmatan yang bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment