Inang kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengatakan
bahawa dia bermimpi pada malam sebelumnya dan tuan puteri juga bermimpi perkara
yang sama. Inang mengatakan bahawa itulah
tandanya tuan puteri akan mendapat jodohnya. Seperti biasa, tuan puteri
mengajak inang-inangnya mandi di tasik yang dijaga oleh peri. Peri itu pula
memberitahu perkara itu kepada Raja Indera Bumaya dan menyuruhnya supaya
bersembunyi untuk melihat tuan puteri itu. Apabila baginda terpandang akan tuan
puteri itu, baginda terus tertarik kepadanya.
Raja Indera Bumaya pun menjadikan
dirinya seekor burung bayan yang cantik . Tuan puteri tertarik oleh burung
bayan itu dan meminta inangda supaya menangkap burung itu. Namun begitu, semua
dayangnya gagal untuk menangkap burung bayan itu hinggalah dayang-dayang
menyarankan supaya tuan puteri sendiri yang menangkapnya. Tuan puteri berasa
sangat gembira kerana burung bayan itu terus hinggap pada tangan tuan puteri.
Burung bayan itu bukan sahaja cantik, malahan pandai berpantun dan berkata-kata
serta boleh menukar dirinya menjadi burung nuri dan bunga yang sudah dikarang.
Akhirnya, Raja Indera Bumayapun mengembalikan dirinya yang asal dan tuan puteri
jatuh cinta kepadanya. Empat orang
menteri dan empat orang hulubalang yang mengawal tuan puteri dari bawah
mahligai, menyampaikan berita tentang tuan puteri membawa masuk lelaki ke dalam
mahligainya kepada Raja Bahrum Dewa iaitu ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi. Perkara itu menyebabkan Raja Bahrum Dewa sangat murka dan menitahkan
hulubalang serta rakyat mengepung lelaki itu pada malam itu juga.
Setelah tuan puteri mengetahui
berita tentang hulubalang dan rakyat datang ke mahligainya untuk mengepung dan
menangkap Raja Indera Bumaya, dia berasa takut dan sedih kerana tidak sanggup
berpisah dengannya. Raja Indera Bumaya pun menyeru geliga daripada Raja Johan
Shahperi dan keluarlah empat jin yang menyerupai manusia yang lengkap
bersenjata untuk menangkis serangan hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa.
Hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu gagal untuk menangkap Raja Indera
Bumaya. Perkara ini menyebabkan Raja Bahrum Dewa menjadi semakin murka dan
menitahkan semua rakyatnya mengepung Raja Indera Bumaya. Perkara itu menyebabkan
tuan puteri berasa semakin takut tetapi perkara itu membuktikan cinta dan
sayangnya kepada Raja Indera Bumaya. Raja Indera Bumaya kemudiannya menyeru
gemala hikmat daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat ribu jin yang
akan berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa. Dalam peperangan itu banyaklah
darah yang tumpah ke bumi.
WATAK & PERWATAKAN
WATAK
|
PERWATAKAN
|
Raja Indera Bumaya
|
Anak
raja dari Negeri Lela Gambar
|
Bijaksana.
Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat
memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
|
|
Berani.
Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
dalam istananya memadu kasih.
|
|
Mempunyai
kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada
intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
|
|
Gagah
perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang
mengepungnya .
|
|
Baik
budi bahasa. Dia memuji-muji keelokan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
|
|
Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi
|
Puteri Raja Bahrum
Dewa
|
Periang. Tuan puteri suka
bergurau senda.
|
|
Seorang
yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri
ketika berbedak dan berlangir
|
|
Suka
akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan
|
|
Sangat
mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera
Bumaya mati.
|
|
Raja Bahrum
Dewa
|
Seorang
raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.
|
Pemarah.
Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih
dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
|
|
Mengambil
berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi
yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan
baginda.
|
|
Peri
|
Penjaga tasik tempat tuan
puteri mandi. / Suka menolong orang - menyuruh Raja Indera Bumaya bersembunyi
untuk melihat tuan puteri
|
Inangda
|
Sentiasa menemani tuan puteri /
Patuh akan arahan tuan puteri - menurut perintah tuan puteri agar menangkap
burung bayan.
|
Nilai
1. Kebijaksanaan - Raja Indera Bumaya menggunakan kebijaksanaannya untuk memikat tuan puteri.
2. Kasih sayang - Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sayang akan Raja Indera Bumaya dan berasa takut sekiranya Raja Indera Bumaya ditangkap.
3. Tolong-menolong - Peri menolong Raja Indera Bumaya dengan memberikan cadangan tentang cara Raja Indera Bumaya hendak melihat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
4. Tegas - Raja Bahrum Dewa menitahkan menteri dan rakyatnya menangkap Raja Indera Bumaya yang berada di dalam mahligai tuan puterinya itu.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani menghadapi rintangan tanpa menyerah kalah agar kejayaan
yang diidam-idamkan dapat dikecap - Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa
sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua - Empat ribu jin
telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera
Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana agar
masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan - Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung
agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan
LATIHAN PEMAHAMAN: Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi pun seraya turun dari atas pangkuan Raja Indera Bumaya maka
dipegang oleh baginda tangan tuan puteri seraya katanya, “Hai puteri, hendak ke
mana tuan puteri pergi? Tiadakah tuan mahu melihat kematian kakanda ini? Adinda
nyawa kakanda, dengar juga kata kakanda. Sudah mati kelak baharu tuan kembali
pada ayahanda bonda tuan.” Maka tuan puteri pun terkenangkan kasih sayang Raja
Indera Bumaya itu. Maka tuan puteri pun makin sangat menangis. Di dalam
hatinya, “Sesungguhnya juga matilah Raja Indera Bumaya ini. Aku pun tiada mahu
hidup lagi.” Setelah demikian maka orang mengepung pun makin banyak datang ke bawah mahligai
tuan puteri itu. Akan Raja Indera Bumaya itu pun hairanlah serta khayal juga
memujuk tuan puteri itu juga. Beberapa kata yang manis-manis dan beberapa
pantun dan madah syair. Syahadan beberapa cumbuan berbagai-bagai seraya melembutkan hati tuan puteri itu.
i.
Apakah yang dimaksudkan
dengan seraya melembutkan hati ? [2 markah] –lantas berjaya
memujuk
ii.
Bagaimanakah caranya Raja
Indera Bumaya menghalang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi daripada pergi
meninggalkannya? [ 3 markah] –menyatakan bahawa baginda akan meninggal dunia jika tuan puteri
meninggalkannya / menyatakan kasih sayang baginda kepada tuan puteri /
menggunakan pantun dan syair untuk memujuk tuan puteri
iii.
Pada pendapat anda,
mengapakah Raja Indera Bumaya
bersungguh-sungguh menghalang pemergian
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi? [3 markah]- baginda amat menyayangi tuan puteri /
baginda tidak sanggup berpisah dengan tuan puteri / baginda yakin tuan puteri tidak akan
meninggalkannya
No comments:
Post a Comment