Huraikan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah
runtuh / kemusnahan hutan
Maklumat Karangan
- Bencana tanah runtuh merupakan satu fenomena yang serius seperti
kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada Disember, 2006
dan kejadian meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu Langat baru-baru ini
memerlukan satu pendekatan yang dinamik dan menyeluruh./ Fenomena ini merupakan rentetan daripada
kegagalan pelbagai pihak bertindak ke atas kesan-kesan semula jadi dan tindakan
manusia. / Pelbagai reaksi yang ditunjukkan, ada pihak melempar batu,
sembunyi tangan. Ada pihak tidak ambil pusing dengan tanda-tanda awal kejadian mungkin berlaku.
/ usaha-usaha yang lebih pragmatis perlu
dilakukan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini lagi. / Pemusnahan hutan dan aktiviti pembalakan tanpa kawalan lazimnya dikaitkan dengan fenomena tanah runtuh ini./ Kerakusan manusia menggeledah rimba raya dan
bukit bukau ini telah mengganggu ekosistem dan lestari alam. / Keadaan tanah di
cerun bukit digondolkan serta mendedahkanya kepada risiko tanah runtuh./
Pokok-pokok yang menjadi ikatan kepada tekstur tanah telah ditebang dan
dibuang./ Apabila hujan turun air yang mengalir menjadi beban kepada cerun yang
longgar dan tidak stabil. / menyebabkan
tanah rebah seperti yang pernah berlaku di tanah tinggi Genting Highland dan
Pos Dipang satu ketika dahulu. / kawalan terhadap penebangan hutan dan aktiviti
pembalakan ini diharapkan dapat menjadi satu usaha jitu dalam menyelamatkan
cerun dan tanah daripada runtuh dan mengancam nyawa. / usaha menanam semula tumbuh-tumbuhan selepas aktiviti pembangunan merupakan langkah
yang agak efisen bagi meminimakan kejadian tanah runtuh. / Manusia mengolah
alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya seperti
makanan, pakaian, tempat kediaman, dan mendirikan tempat rekreasi. / Dalam
usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian,
perumahan, industri, perlombongan, membina empangan dan mengeringkan hutan paya
bakau./ Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar alam persekitaran serta
menghapuskan habitat semula jadi, banyak sepsis tumbuhan musnah. / kerjasama
semua pihak yang terbabit membuang segala sifat evasif dengan memikul
tanggungjawab lapang bagi memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat
pembangunan. / Ghalibnya, usaha ini dapat kembali menguatkan tanah yang telah
melalui proses pembangunan. / Bagi mengelak kejadian buruk ini,
negara perlu mendepani persainganpembangunan dengan strategik dan bijak. /
Tindakan strategik dan sistematik terhadap setiap pelan
pembangunan adalah sangat mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan
tidak mengundang padah./ Pembangunan terancang mestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira keselamatan dan
kesejahteraan rakyat. / Kita ambil contoh, pembangunan tanah perlu diberi
perlesenan wajar, mengambil kira jenis tanah dan
kawasan serta faktor cuaca dan alam semula jadi. Perancangan pembangunan perlu
melihat simbiosis alam dengan projek yang bakal dimajukan./ Usaha ini diharapkan
dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
/ Tanah runtuh juga mungkin dapat dielakkan, jika negara menguatkuasakan
undang-undang. / Hanya
undang-undang sahaja yang dapat mencegah kedegilan dan kerakusan manusia
mengaut keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan sosial. / Pesalah perlu dihukum
mengikut undang-undang. / Rasuah dan
sikap pilih bulu perlu diketepikan sama sekali dalam menjayakan
agenda negara agar keberkesanan tindakan dapat dilihat hasilnya./ Penetapan akta seperti Akta Pembangunan, akta
tanah, akta perhutanan dapat menjaga hak dan menyelamatkan situasi
genting. / Pembangunan
dilakukan dengan berhati-hati sudah pasti dapat meminimumkan kejadian ini.
/ sikap bertanggungjawab semua pihak amat perlu
dalam mengelakkan kejadian tanah runtuh ini. / Setiap langkah keselamatan dan peraturan tidak
boleh dipandang enteng kerana sikap sedemikian sering mengundang padah. /
Bagi mengatasi masalah ini, sinergi dari semua
lapisan masyarakat sahaja dapat menjayakan misi dan visi murni ini. /Sesungguhnya,
tindakan kita perlu umpama menarik rambut
di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berserak./ Kerja yang
teliti pasti membuahkan hasil yang baik.
No comments:
Post a Comment