Tuesday 5 November 2013

KOMSAS FOKUS SPM 2013

A) SAJAK  DIRGAHAYU BAHASAKU


Tempatmu di singgahsana
Maksud
Status  bahasa kebangsaan yang digunakan secara rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budi, patuh dan setia
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah


Bahasa itu maruah bangsa
Maksud
Bahasa kebangsaan merupakam maruh bangsa Malaysia yang mesti dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa kebangsaan membolehkan kehidupan rakyat menjadi lebih bijaksana dan sejahtera
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh


Cekal dan waja semangat pejuangmu
Maksud
Pejuang bahasa mempunyai semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh dunia

hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
Maksud
Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa kebangsaan. Mereka berjaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara di seluruh kepulauan nusantara. Bahasa kebangsaan turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada masa itu.
ke barat dan ke timur menjalinkan persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam


Dirhagahayu bahasaku
Maksud
Bahasa kebangsaan yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bahasa yang berupaya untuk terus berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baru
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru

Tema

Sajak tersebut bertemakan ........................................................................................................................ Hal ini demikian kerana ....................... mengingatkan kita agar ......................................................... Tambahan pula,  .............................................................................................. ......................................
(Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.)

Persoalan

Persoalan yang terkandung dalam sajak tersebut adalah tentang ................................................... ............................................................................................................ Persoalan tersebut dapat dibuktikan apabila penyajak mengatakan .......................................... Selain itu, persoalan tentang .................................................................................................................................  turut dipaparkan dalam sajak tersebut. Hal ini demikian kerana penyajak ................................................................................ ........................................................................................ Persoalan tentang ................................................ .......................................................................... juga ditampilkan oleh penyajak apabila beliau mengatakan ...................................................... .............................................. ............................................................ ......
(Sayang akan bahasa kebangsaan / menghargai sumbangan bahasa kebangsaan / hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu / keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan)

Nilai

Nilai yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai cinta akan negara. Nilai tersebut dapat dibuktikan apabila penyajak mengatakan ................................................................................................ Selain itu, nilai ...................... turut ditampilkan oleh penyajak, misalnya penyajak ..................................................... Nilai ..................... juga turut terkandung dalam sajak tersebut.  Nilai tersebut tergambar apabila penyajak ................................................................................................
(Semangat patriotik - rakyat mencintai dan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara kita. / Semangat perpaduan - semua kaum di negara kita menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan / Kesyukuran - rakyat bersyukur kerana bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh nusantara. / Bertanggungjawab -  rakyat bertanggungjawab menjaga dan memastikan bahawa bahasa kebangsaan tidak dicemari oleh bahasa asing  )





Gaya Bahasa

Unsur gaya bahasa yang digunakan dalan sajak tersebut termasuklah ................................. iaitu ......................................................................, contohnya .................................................... ....................... Selain itu, unsur sinkof turut digunakan oleh penyajak melalui kata-kata .................................................. seperti ............................................ Unsur ........................................ iaitu .......................................... juga turut digunakan dalam sajak.  Hal ini terbukti melalui baris ....................... .............................................
(Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu,    bahasamutak / Metafora – lautan bijaksana / Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan - bahasaku mencengkam / Inversi – gagah pelautku membelah lautan  - di arena antarabangsa suaramu tumbuh / Anafora – hak bangsaku memilikimu / hak bangsaku mendaulatkanmu / Pengulangan – ke barat dan ke timur  ke utara dan ke selatan)


Pengajaran

Pengajaran yang boleh diambil daripada sajak tersebut ialah kita mestilah ....................................... ............................................................................................................................. Pengajaran tersebut  terbukti apabila penyajak menyatakan ................................................... .............................................   Selain itu, kita haruslah  ................................................................................ Hal ini demikian, ...................................................... ... Kita juga ......................................................................................, misalnya  ..................................................................................................................
( Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri – mengutamakan bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupa seharian  / Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan- menghindari bahasa kebangsaan dicemari oleh bahasa asing . / Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.- bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di institusi pendidikan / Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.- bahasa kebangssan digunakan ketika berinteraksi oleh penduduk negara ini yang berbilang kaum ketika berinteraksi /  Kita hendaklah bersyukur kerana bahasa kebangsaan diwarisi sejak turun-temurun – pada abad ke-15, bahasa kebangsaan pernah dijadikan sebagai lingua franca oleh pedagang dan pelayar di Asia Tenggara)


Soalan Pemahaman : Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

(i) Berdasarkan  rangkap kedua sajak di atas, mengapakah bahasa kebangsaan perlu didaulatkan?
          [2 markah
(maruah bangsa /  bahasa ilmu / memupuk perpaduan)

(ii) Jelaskan pendapat anda tentang cara-cara untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan.           [3 markah]
(dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan di institut pendidikan tinggi / memperbanyak penulisan dan penerbitan buku dalam bahasa kebangsaan / mewajibkan media massa menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya / mengadakan kempen kesedaran / menulis rencana berkaitan bahasa kebangsaan  dalam majalah atau surat khabar / menganjurkan bengkel atau  seminar  atau kelas untuk masyarakat berbilang kaum / mengadakan program bahasa dengan kerjasama pihak kerajaan dan swasta mengadakan pelbagai pertandingan berkaitan kemahiran bahasa /  mengundang peserta luar negara menyertai simposium atau kolokium seminar bahasa Melayu di negara )

(iii) Berdasarkan sajak di atas, apakah keistimewaan bahasa kebangsaan?                                 [3 markah]
(dikenali dan terkenal di peringkat antarabangsa / dapat menyentuh jiwa / bahasa yang lembut / bahasa minda / bahasa ilmu / mudah akrab / mudah dipelajari / mudah difahami  /  bahasa yang bersopan dan bertatasusila)


No comments:

Post a Comment