Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)
Sinopsis - Pak Itam digambarkan
seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk
penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk
mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang
untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke
majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah
Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut
fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau
menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk Mat merupakan orang yang banyak
membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut
dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari
yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung
memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana
tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana
wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala
pengorbanannya selama ini telah dilupakan.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam
masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang
berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di
sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan
surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua
mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang
memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan
menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah
tercapai.
Tema - Semangat patriotik iaitu
keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan
masyarakat. - Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan
anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.
Persoalan
1. Persoalan tentang kesediaan
menghadapi cabaran. - Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya,
iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan
dasar pemerintahan pada masa itu.
2. Persoalan tentang rasa
tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa. - Atas dasar
tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat
bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara
sendiri.
3. Persoalan tentang jati diri yang
teguh. - Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda
sehingga usianya mencecah 85 tahun.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian - Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas,
serai, betik dan rumput-rampai
sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi…
sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi…
2.Dialog - “Dah kaujemput budak-budak suratkhabar?” tanya Pak Itam.
“Sudah!” jawab Tuk Mat.
“Sudah!” jawab Tuk Mat.
3. Imbas Kembali - Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti
Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.
4. Monolog dalaman - Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat
khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh
kaset perakam suara mahu menemuramahnya.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama : Pak Itam - Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.
/ Berumur 85 tahun. / Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang
anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh
ketika dia di penjara. / Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah. / Suka
membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki
lima rumahnya. / Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk
kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya. / Seorang yang taat akan
perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk
mendekatkan diri kepada Tuhan. / Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu
yang datang untuk bertemu dengannya di rumah.
Watak Sampingan
Tuk Mat - Bekas anggota polis. / Jiran Pak Itam. / Bertubuh sasa,
kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas. / Rajin. - beliau banyak
membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya. / Boleh
diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila
membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.
Siti Nurhidayah - Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika
Pak Itam berada di dalam penjara. / Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam. /
Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.
Latar
Latar Masa - Sehari sebelum hari lahir Pak Itam
yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan
untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam. / Sebelum Zuhur - Pak Itam
masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat. / Selepas Zuhur -
Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal
dunia dan bacaan Yasin diadakan.
Latar Tempat - Kediaman Pak Itam dan halaman
rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan
. / Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar
dan majalah seharian di atas kerusi malas. / Kampung Pak Itam di Hulu Langat-
perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea
dan Jepun mula beroperasi. / Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak
Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika
Pak Itam meringkuk di situ.
Latar Masyarakat - Masyarakat
pejuang yang mencintai bangsa dan negara - Pak Itam sanggup keluar masuk
penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara. / Masyarakat
penulis dan wartawan. - Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang
penjajah menggunakan mata pena.,/ Masyarakat kampung yang masih mengamalkan
amalan gotong royong serta bekerjasama - Tuk Mat dan beberapa orang pemuda
kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam
secara besar-besaran.
Gaya Bahasa - Simile - kian mengecil seperti sebiji debu / Peribahasa - seperti enau di belukar / Metafora -tangisan ketakwaan / Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You / Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan…
Nilai - Nilai pengorbanan. - Pak Itam sanggup menolak
jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara. / Nilai cinta akan
negara. - Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada
dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan
tinggi. / Nilai bekerjasama. - Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua
berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.
Pengajaran - Kita hendaklah cinta akan
bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain. / Kita wajarlah saling
membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah. / Kita hendaklah
sentiasa mentaati perintah Tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan
di kemudian hari. / Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban
untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah.
Soalan Pemahaman : Baca
petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Semenjak dari zaman remaja hingga
berusia 85 tahun, dia tidak pernah menghampakan harapan orang, apatah lagi
menghina dan mengecilkan hati orang. Kalau tidak, untuk apa dia menghabiskan
sebahagian besar hidupnya, masuk penjara keluar penjara? Zaman Inggeris, dia
masuk penjara, zaman Jepun pun dia masuk penjara. Di Singapura, di Pudu, di
Melaka dan di Johor. Buat apa dia menyusahkan diri? Bukankah dia anak tempatan yang
pertama menjadi majistret di negara ini?
Itulah orang tidak tahu hati dan
jiwanya. Perjuangannya adalah untuk memelayukan orang Melayu, memanusiakan
manusia, supaya tahu menilai hak, supaya tahu menjaga maruah, supaya tahu, tanah Melayu ini mesti
diterajui oleh orang Melayu, segala harta kekayaan di Tanah Melayu ini dapat
diagih-agihkan sama rata dan sama rasa
kepada orang Melayu, bukan membuncitkan perut orang lain !
Tetapi ramai orang Melayu tidak tahu
jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang
Pak Itam terasa sayu, ramai kawannya yang sama pulang-pulang dari tanah
Inggeris, hidup lebih Orang Putih daripada Orang Putih. Pulang ke tanah air
sendiri menjadi tukang angguk kepada Inggeris dan memandang jijik kepada anak
bangsanya yang tidak berbaju, yang tidak berkasut, yang buta huruf , alif
dikatakan batang kayu, A dikatakan kayu pangkah, perut membuncit penuh cacing,
pucat lesi diserang demam kura, berkudis, berpanau, dan kebulur tidak cukup
makanan.
( dipetik daripada
cerpen Memori seorang Tua - oleh Zahari Affandi dalam Antologi Harga Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2009, hal.111-112)
(i) Apakah pengalaman yang telah dilalui oleh Pak Itam semasa zaman
mudanya? [2 markah]
Jawapan: Pada zaman mudanya Pak
Itam................................ Bukan itu sahaja, dia merupakan..... [pernah beberapa kali dipenjarakan semasa zaman penjajah
/ anak tempatan pertama yang menjadi
majistret ]
(ii) Pada pendapat anda, nyatakan
tiga sebab golongan muda hari ini
tidak menghargai perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan ? [3 markah]
Jawapan: Pada pendapat saya, golongan muda hari ini tidak menghargai
perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan kerana............................ Tambahan
lagi, ............................................ Mereka juga ........ [golongan muda dilahirkan selepas negara mencapai
kemerdekaan / tidak merasai pahit getir perjuangan
tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjuang
membebaskan tanah air daripada penjajah./ tidak menghayati sejarah kerana
belajar sejarah sekadar untuk lulus peperiksaan
akibatnya lupa sejarah bangsa sendiri./ golongan muda dilahirkan selepas
negara mengalami pembangunan yang pesat dan hidup selesa menyebabkan mereka
tidak perlu lagi menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan]
(iii) Jelaskan satu
persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Jawapan: Persoalan
yang terkandung dalam petikan tersebut adalah tentang .................... Hal
ini demikian, .............................. Sementara persoalan daripada
keseluruhan cerpen pula adalah tentang ....... Sebagai contoh,
......................
[Persoalan dalam petikan : Pengorbanan seorang
pejuang kemerdekaan - Pak Itam yang merupakan majistret anak Melayu pertama
sanggup masuk keluar penjara kerana perjuangan. / Persoalan dalam
keseluruhan cerpen :Sikap masyarakat yang tidak menghiraukan perjuangan
pejuang kemerdekaan- Kebanyakan orang yang diundangkan ke majlis di rumah Pak
Itam tidak hadir termasuk wartawan. / Amalan
bekerjasama dalam masyarakat Tuk Mat, Rokiah dan adik-beradiknya serta
masyarakat kampung bekerjasama hendak mengadakan majlis memperingati jasa Pak
Itam sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-85. / Cinta akan negara
Tuk Mat
sentiasa cinta akan negara walaupun sudah bersara daripada menjadi anggota
polis.]
No comments:
Post a Comment