HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
Sinopsis Lengkap: Kisah bermula dengan
pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad
Zainuddin.Baginda menjodohkan anakanda
puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima saudaranya.Daeng Perani menolak kerana
telah berkahwin.Daeng Perani mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan
Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin.Opu Daeng Menambung bersetuju.
Setelah berkahwin dengan puterinya,Sultan Muhammad Zainuddin bertitah
kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung. Akhirnya, Opu
Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan
dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin.
Opu Daeng berlima
belayar pula ke Riau berjumpa
dengan Sultan Raja Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi
menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara
perempuannya dan dijadikan isteri.Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah
seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda.Berperanglah
antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa berundur ke hulu
Siak.seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah
dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau.Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan
adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan.
Sementara itu, Raja Kedah telah berbalah dengan
saudaranya berkaitan takhta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima.Mereka
sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang
lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari
Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang Dipertuan Raja
Kedah.Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu
menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari. Raja Kedah mengahwinkan Opu
Daeng Perani dengan saudara perempuannya
dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan.
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput pula olah
Raja Sambas yang ingin mengahwinkan salah seorang darpada mereka dengan adik perempuannya yang bernama
Urai Tengah, dan seterusnya akan
dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.Opu Daeng Menambung menerima
tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi. Kedatangan
mereka telah disambut oelh sultan Adil dan anakandanya lalu disediakan
sebuah rumah .Setelah tiga hari,Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai
bertujuh untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden
Tengah.Opu Daeng Menambung mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan
dengan Raden tengah dan Sultan Adil bersetuju .Opu Daeng Kemasi telah dilantik
menjadi pangeran Mangkubumi di dalam daerah Sambas.
Setelah lama
berada di negeri Sambas,Opu Daeng Menambung teringin untuk balik ke negeri
Matan.Hal ini mengembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan
yang hebat untuk menyambut ketibaannya.Setelah setahun,Sultan Muhamad Zainuddin
mengumpulkan anak-anaknya serta
saudaranya dan pengeran Kiai untuk membincangkan penggantinya. Seluruh penduduk Mantan tidak
bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad.
Sementara itu,
Sultan Muhammad Zainuddin mendapat berita bahawa bahawa Duli
Panembahan telah mangkat lalu anakanda
Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan
besar-besaran.
Watak Utama
Opu Daeng
Menambun -
Anak raja / Mempunyai empat saudara yang lain iaitu Daeng Perani,Daeng
Kemasi,Daeng Merewah dan Daeng Celak./ Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari
Riau. / Dilantik menjadi raja di Mempawah.
Daeng Perani - Saudara yang tertua antara
lima bersaudara / Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan / Mempunyai dua
orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khadijah.
Daeng Kemasi - Beristerikan anak Raja
Mempawah. / Dilantik menjadi raja di Sambas.
Daeng Chelak - Dilantik menjadi raja di
Riau / Berkahwin dengan Tengku Puan,adinda Sultan Raja Sulaiman
Daeng Merewah - Menjadi Yang Amtuan Muda
di Riau / Berkahwin dengan Ungku Datuk Temenggung.
Latar Tempat
Riau - Opu Daeng menambung lima
bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.
Siak - peperangan antara Opu Daeng berlima dengan orang Siak.
Negeri Matan - Tempat Puteri Kesumba diraikan setelah dilantik menjadi Ratu Agung senuhun.
Siak - peperangan antara Opu Daeng berlima dengan orang Siak.
Negeri Matan - Tempat Puteri Kesumba diraikan setelah dilantik menjadi Ratu Agung senuhun.
Nilai
Nilai Keberanian. - Opu Daeng berlima berani menentang musuh.
Nilai tolong –menolong. - Opu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman
menentang orang Siak.
Nilai menepati janji. - Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3
gahara seperti yang dijanjikan kepada Opu Daeng berlima .
Nilai bermuafakat - Opu Daeng lima bersaudara sentiasa bermuafakat
sebelum membuat sebarang keputusan
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh - Opu Daeng berlima berani
menentang musuh.
2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan.- Ratu Sultan
bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Opu Daeng Menambun.
3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. - Opu Daeng
berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
4. Kita hendaklah menepati janji.- Raja Kedah memberikan wang sebanyak
tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada Opu Daeng berlima kerana membantu
mendapatkan taktha
SOALAN
PEMAHAMAN: Baca petikan di bawah dengan teliti
dan jawab soalan yang berikut.
Syahadan anak Pangeran Dipati itu
empat orang. Dan pertama yang tua Raden
Jaka, dan kedua perempuan namanya Emas Seri Sangka dan yang ketiga perempuan
namanya Emas Candi dan keempat laki-laki namanya Raden Seri, itulah anaknya
Pangeran Dipati Mempawah.
Kemudian ada antara tujuh hari, lalu
datanglah Ratu Panembahan Encik Cermin dan berserta anakandanya, Mas
Inderawati, Ratu Sultan Muhammad Zainuddin, memeriksakan perkakas Duli
Panembahan Sengkauk serta dengan kawan-kawannya serta dengan perkakas-perkakas
emas dan perak dan tembaga dikenalnya mana perkakas yang ditinggalkan tatkala
belayar ke Matan bersama-sama Sultan Muhammad Zainuddin itu diperiksanya
sekaliannya.
Maka dipintanyalah kepada Pangeran
Dipati. Maka dipulangkanyalah
sekaliannya itu. Maka diperiksanya oleh
Batu Panembahan Encik Cermin itu pesakanya, dianya
sendiri punya pesaka pedang dua dari negeri Batu Rijal, pesakanya
daripadanya ayahandanya yang bernama Raja Kahar di negeri Batu Rijal. Dan Mas
Inderawati yang bergelar di negeri Matan Ratu Sultan menanyakan susunan dan
bedil yang bernama Bujang Jawa, ditanyakan kepada Pangeran Dipati. Maka itu semua dipulangkanyalah waktu itu
sekaliannya itu oleh Pangeran Dipati.
i. Apakah maksud rangkai kata dianya sendiri punya pesaka? [2
markah]
Jawapan: Rangkai kata tersebut bermaksud ......................[HARTA
PENINGGALAN MILIK KELUARGA]
ii. Berdasarkan petikan, apakah yang diminta oleh
Ratu Panembahan Encik Cermin daripada Pangeran Dipati?
[3
markah]
Jawapan: Ratu Panembahan Encik Cermin meminta
................................ daripada Pangeran Dipati. Selain itu, baginda
turut meminta ............................................... Baginda juga
inginkan ....................
[BARANG YANG DIPERBUAT DARIPADA
EMAS, PERAK DAN TEMBAGA YANG DITINGGALKAN OLEH DULI PANEMBAHAN SENGKAUK SERTA
KAWAN-KAWANNYA KETIKA BELAYAR KE MATAN
BERSAMA DENGAN SULTAN MUHAMMAD ZAINUDDIN / MENUNTUT 2 BILAH PEDANG DARI NEGERI
BATU RIJAL, PUSAKA AYAHANDANYA YANG BERNAMA KAHAR / MERIAM YANG BERNAMA BUJANG
JAWA]
iii. Pada pendapat anda, apakah kepentingan harta
pusaka kepada waris sesebuah keluarga? [ 3 markah]
Jawapan: Pada pendapat saya, harta pusaka merupakan
.......................... Tambahan lagi, harta pusaka ............... Harta
tersebut juga ......
[MANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG
PERLU DIPIKUL OLEH SETIAP WARIS UNTUK
MENJAGANYA / MEMPUNYAI NILAI SENTIMENTAL SEBAGAI MENGENANG JASA ANGGOTA
KELUARGA YANG TELAH TIADA / DAPAT
DIMANFAATKAN OLEH SETIAP ANGGOTA KELUARGA]
No comments:
Post a Comment