LATIHAN
FOKUS
SPM :
A) Bincangkan
sifat berani yang ada pada kedua-dua watak utama dalam dua buah novel yang
telah anda kaji.
Novel Azfa Hanani
|
Novel Kembara Amira
|
-
berani
1. Berani menyamar sebagai Tengku Murni walaupun tugas itu
sangat sukar kerana jika tersalah langkah penyamarannya akan terbongkar.
2. Berani bertanya kepada Tengku Muzaffar akan hubungan
Tengku Murni dengan Ekran walaupun dia tahu Tengku Muzaffar telah menghalang
perhubungan tersebut.
|
-
berani
|
B) Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat.
Novel Azfa Hanani
|
Novel Kembara Amira
|
Persamaan :
Mereka diwakili oleh Azfa Hanani,
Ekran, dan Ellina yang belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Mereka juga
aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Buktinya, Azfa Hanani menjadi pengerusi
Forum Remaja, Ekran pula menyelenggara projek Hari sumbangsih dengan jayanya
manakala Ellina mengendalikan pameran luar pada Hari Sumbangsih.
|
Persamaan :
Mereka terdiri daripada Amira,
Jacinta dan Itai. Mereka menggunakan masa cuti sekolah dengan aktiviti yang
berfaedah.
Sebagai contohi, Amira dan Jacinta
menghabiskan masa cuti sekolah dengan mengikut Pfofesor Zaidah ke Bukit Mat
Raya untuk melakukan penyelidikan arkeologi.
|
Perbezaan
1. Masyarakat bangsawan
Mereka terdiri daripada keluarga
Datuk Tengku Makmur yang kaya. Antaranya Datin Maziah, Tengku Mazran dan
Tengku Muzaffar.
Hal ini terbukti apabila kehidupan
mereka sangat kaya dengan paparan tempat tinggal mereka dan sambutan hari
jadi Tengku Murni yang ke-17. Mereka juga mempunyai kedudukan tinggi dalam
masyarakat.
|
Perbezaan :
Mereka
diwakili oleh Tau, Itai dan Ludin.
Sebagai
contoh, mereka tinggal di sebuah perkampungan orang asli di
dalam hutan bukit Mat Raya.
|
Latihan Kendiri:
PERISTIWA NOVEL AZFA HANANI
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
Azfa Hanani sanggup
menyamar sebagai Tengku Murni demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi
oleh Datin Maziah.
|
|
|
walaupun sebelum ini Azfa
Hanani tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah namun dia masih gembira
walaupun kembali tinggal di rumah pak longnya
|
|
|
Azfa Hanani memaafkan
kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka.
|
|
|
Azfa Hanani reda menerima
takdir bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk
Tengku Makmur
|
|
|
Azfa Hanani melaksanakan tugas sebagai pengerusi Forum
Remaja Sekolah yang
dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali
|
|
|
Azfa Hanani menolak
jawatan pengawas kerana tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli
pakaian pengawas yang mahal harganya
|
|
|
Azfa Hanani dihalau oleh
Datin Maziah apabila mengetahui asal-usulnya semasa Azfa Hanani bertengkar
dengan Tengku Muzaffar. Datin Maziah telah menampar dan memaksa Azfa Hanani
menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Azfa Hanani tidak dapat
membuktikannya lalu mengaku bahawa dia menyamar sebagai Tengku Murni.
|
|
|
Ketika Azfa Hanani makan
tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu
teringat sepupunya di kampung yang sekali sekala menikmati ayam goreng
|
|
|
PERISTIWA NOVEL KEMBARA AMIRA
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
Amira mengajak Jacinta
menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya
supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama
|
|
|
Amira dan Jacinta mengisi
masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja arkeologi di Bukit
Mat Raya.
|
|
|
Amira mengendalikan laman
web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan
bahan kajian arkeologi.
|
|
|
Amira berani mengikut Itai
untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
|
|
|
Amira amat menyayangi
Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di
hutan.
|
|
|
Amira cepat menyesuaikan
diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
|
|
|
Amira sabar dalam usaha
menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi
|
|
|
Amira mengimbas kembali kejayaannya memancing
perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar tahun
akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira
menggunakan minat (obses) Jacintha terhadap batu kuarza./
|
|
|
Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak
pantas dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan
Malique
|
|
|
No comments:
Post a Comment