CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN
1.
Prinsip moral
merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini
telah pun ditekankan dalam prinsip
Confucius yang berpaksikan ‘ren’
(perikemanusiaan), ‘li’ (kesusilaan) dan ‘xiao’ (ketaatan ).
2.
Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu
sebagai pedoman untuk mengubah perilaku mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan
tetapi tidak belajar daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah
melakukan satu lagi kesilapan.
3.
Sejarawan dunia iaitu Herodotus pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak berusaha
memajukan dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini.
4.
Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan
bahawa kejayaan mendidik anak-anak merupakan
kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka. Justeru, didiklah anak-anak sejak kecil supaya
mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
5.
Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa untuk
mencari ubi galilah tanah sekaki tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam
mungkin.
6.
Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada
manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung
tanpa mendakinya.
7.
Jika pokok itu diserang
kulat dan tidak ditebang maka seluruh ladang boleh musnah. Oleh itu, kita tidak
seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani kemelut yang semakin
ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil
yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
8.
Amalan berbudi bahasa dan bersopan santun amat dijunjung
tinggi dalam kehidupan kita sehari-harian. Maka, berpeganglah pada kata-kata ulama terkenal iaitu Hamka. Menurut
beliau segala ikatan akan terurai, segala
jambatan akan putus dan segala simpulan
akan terlepas kecuali yang diikat, dihubung dan disimpul dengan tali budi
9.
Kesihatan amat penting kepada individu, keluarga dan
masyarakat. Setiap individu haruslah memastikan dirinya dan keluarga
mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa berada dalam cergas dan
cerdas. Rakyat yang cergas dan cerdas akan dapat memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan negara dan ummah.
Menurut Hamka ketenteraman hati merupakan
perkara penting dalam kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah merupakan
pangkal segala penyakit.
10.
Identiti nasional rakyat Malaysia hendaklah kekal terserlah
melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus
globalisasi.
11.
Internet menjadi sungai besar yang mengalir sekian banyak
kebaikan tetapi juga berisi kotoran dan
najis. Hari ini maklumat dan ilmu datang tanpa tapisan.
12.
Globalisasi sedang melanda kita. Dunia semakin hilang
sempadannya. Dasar langit terbuka yang kita amalkan mengundang pellbagai ancaman.
13.
Modal insan merupakan tunggak program pembangunan negara dan
agen perubahan dalam masyarakat. Mereka juga ialah jurubina umat, pembangunan
generasi dan penyumbang kegemilangan negara.
14.
Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negara yang
mempunyai sistem pendidikan dan generasi yang berkualiti berupaya membuat
lonjakan pantas memajukan masyarakat dan negaranya.
15.
.Menurut tokoh
ilmuan; Barang siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu maka jiwanya
seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian
menjadi gelap.
16.
Sesungguhnya, pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional
dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan
cemerlang.
17.
Dunia tidak menyediakan jaminan untuk berjaya tetapi
menawarkan peluang untuk berjaya.
18.
Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang
memerlukan joran dan umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.
19.
Pembangunan lahiriah perlu seiring dengan pembangunan
insaniah demi merealisasikan masyarakat madani.
20.
Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan
sesuatu yang dikatakan “kemajuan”?
21.
Mengapakah senario yang menjadi duri dalam daging ini berlaku?
Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah
selera!
No comments:
Post a Comment