Malaysia kini dibanjiri oleh pekerja
asing daripada pelbagai bangsa sebagai kesan dasar pintu terbukanya. Dasar tersebut
telah membawa pelbagai implikasi buruk dan perlu diperketat semula. Huraikan
kesan-kesan buruk dasar tersebut dan kemukakan langkah-langkah proaktif untuk
membendungnya.
Pendahuluan:
Kedatangan pekerja asing ke
negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan - Pekerja
asing merujuk kamus bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti
Indonesia, Bangladash, Filipina, Thailand, dan sebagainya – dianggap
sebagai lombong emas kerana di mana ada
gula, di situ ada semut – Sektor yang menjadi tumpuan – sektor
pertanian, perkilangan dan perladangan – Dasar kerajaan yang membuka lebih
luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing
untuk membina kilang mereka di sini merancakkan kedatangan mereka lagi – membawa
kesan-kesan negatif
Isi-isi:
Kesan-kesan negatif:
(a) menyekat peluang
pekerjaan penduduk tempatan – sikap majikan di negara gemar
mengupah pekerja asing – kadar upah murah – sikap tidak memilih pekerjaan –
hidup penduduk tempatan tersepit – kera di hutan disusui, anak di
rumah mati kelaparan – Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan
hilang peluang pekerjaan – kadar pengangguran semakin meningkat
(b) Peningkatan jenayah -
tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan – kos sara hidup
semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global - pecah rumah,
kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain – Mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan
Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara
ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah
(c) Kesan ekonomi – pengaliran
keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan – merugikan
negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja
asing ini -sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita –
proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta
perkhidmatan yang murah – Bukti statistik, sebanyak RM9.124 juta telah dihantar
ke negara asal pekerja asing di antara bulan Januari hingga Jun 2008 –
membebankan kewangan negara – RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan
sebagai kos untuk penahanan PATI – akan merugikan negara dari segi kerancakan
perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita
Langkah-langkah membendungnya:
(d) mengehadkan
pergantungan kepada buruh asing - menimbulkan pelbagai masalah sosial
dan keselamatan – pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu
mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan - pihak berkuasa akan mampu
memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini - Dengan
mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu
rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan
segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam
sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan - Jelasnya, pihak ejen dan majikan
yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
kerajaan.
(e) menguatkuasakan
undang-undang dengan lebih tegas - Hal ini kerana banyak pekerja asing
adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu.
Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani
bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa
untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.
Penutup:
Kedatangan pekerja asing ini
tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi
ekonomi, politik, dan sosial – kesejahteraan dan pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment