Latar Masyarakat Dalam Novel Azfa Hanani
1.
Masyarakat yang sanggup berkorban
dengan tujuan membantu orang lain. - Azfa Hanani yang sanggup
menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk
menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.
2.
Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang.
- sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan
kasih sayang.
3.
Masyarakat yang bertanggungjawab.- sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas
sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan
cemerlang sekali.
4.
Masyarakat elit yang bongkak dan sombong
kerana statusnya. - Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina
Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan wang ke
atas katil sebagai upah menyamar.
5.
Masyarakat pelajar.- masyarakat pelajar
di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di
Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman
Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih
6.
. Masyarakat yang berpegang kepada janji.
- Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan
rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke
Indonesia.
LATAR
MASYARAKAT
|
PERISTIWA
|
Masyarakat yang
mencintai alam semula jadi
|
Ludin,
Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai
hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan
pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan
kawasan hutan
|
Masyarakat yang saling
membantu
|
Itai
dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu
mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan.
|
Masyarakat yang mencintai
ilmu
|
Itai
yang pernah menang dalam Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan
rawatan berasaskan herba, masih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya.
Dia menanya Amira dan Jacinta tentang laman web yang memberikan maklumat
rawatan berasaskan herba.
|
Masyarakat yang celik
teknologi maklumat dan komunikasi
|
Amira
mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut
dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.
|
Masyarakat yang
mementingkan persahabatan
|
Amira dan Jacinta bersahabat baik
dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati dan tidak
pernah bersengketa dalam sebarang perkara. Amira dan Itai sanggup mencari
ketulan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta walaupun tindakan itu
membahayakan diri mereka sendiri.
|
Masyarakat yang gigih
berusaha
|
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan
pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja
lapangan.
|
Masyarakat yang ikhlas
|
Pak Lias ikhlas menegur Profesor
Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya. Amira pula memberikan
ketulan emas itu kepada Ludin setelah diminta oleh Ludin kerana dia ikhlas
dan tiada tujuan lain, selain hendak memberikan ketulan emas tersebut kepada
Jacinta sebagai hadiah.
|
Masyarakat yang mahir
dalam perubatan tradisional
|
Ludin berkemahiran untuk merawat
Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya hingga sembuh dengan menggunakan
perubatan tradisional iaitu daripada buluh, daun kayu dan ramuan daripada
akar kayu.
|
Masyarakat yang mengakui
kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan
|
Masyarakat yang mengakui kesalahan
atau kesilapan yang telah dilakukan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya yang
mengutamakan kerjanya dan mengabaikan Amira terutamanya selepas dia hampir
mati lemas di sungai.
|
No comments:
Post a Comment