CERPEN
MELLISA
Sinopsis - Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat
surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah
Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya
bersamasama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah
menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah
besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam
peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13
Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah.Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya
dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak
lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana
tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan
memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana
tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.
ASPEK-ASPEK
KOMSAS DALAM CERPEN MELLISA KARYA ABDULLAH HUSSAIN
ITEM
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Tema
|
Kasih
sayang antara dua budaya
|
Mellisa
seorang gadis berketurunan Cina pernah menjalin hubungan cinta dengan
Hisyam, seorang budak Minang tetapi hubungan mereka terputus apabila Hisyam
mati. Apabila dewasa, Mellisa jatuh cinta pula kepada Syahid kerana mempunyai
wajah seiras Hisyam tetapi tidak berkekalan kerana Mellisa meninggalkan
Syahid demi tugasnya kepada negara
|
Persoalan
|
Persoalan
tentang semangat cinta akan negara
|
Mellisa
sanggup mengorbankan kepentingan peribadinya dengan meninggalkan Syahid demi
tugasnya mempertahankan negara tercinta
|
Persoalan
tentang
persengketaan antara kaum menjejaskan keharmonian
|
Hisyam
dan ibu Mellisa menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling
|
|
Persoalan
tentang kepentingan sejarah negara sebagai pedoman hidup
|
Mellisa
membuat tesis berkenaan peristiwa 13 Mei supaya menjadi rujukan kepada
generasi akan datang supaya menjaga keharmonian kaum
|
|
Persoalan
tentang
keberanian mempertahankan orang yang dicintai
|
Hisyam
sanggup menumbuk budak Inggeris kerana cuba memegang tangan Mellisa
|
|
Persoalan
tentang kepentingan perpaduan kaum
|
Hubungan
yang baik antara kaum di Malaysia mampu mengukuhkan perpaduan negara
|
|
Persoalan
tentang hubungan baik tanpa batasan agama dan keturunan
|
Hubungan
yang rapat antara Hisyam dan Mellisa tidak dibatasi dengan perbezaan agama
dan keturunan
|
|
Watak & perwatakan
Mellisa
|
Seorang
yang bersemangat patriotik
|
Mellisa
sanggup mengorbankan kepentingan peribadi dengan meninggalkan Syahid demi
tugasnya mempertahankan negara
|
Seorang
yang menghargai sejarah
|
Mellisa
membuat tesis berkenaan peristiwa 13 Mei untuk mencari punca dan cara
mengelakkan kejadian yang sama berulang
|
|
Seorang
yang penyayang
|
Mellisa
sentiasa mengingati Hisyam yang dikenalinya Sejas kecil walaupun Hisyam telah
meninggal dunia
|
|
Seorang
yang berfikiran terbuka
|
Mellisa
yang berketurunan Cina berkawan baik dengan Hisyam seorang budak Minang tanpa
membezakan batasan agama dan keturunan
|
|
Watak & perwatakan
Hisyam
|
Seorang
yang penyayang
|
Hisyam
menyayangi Mellisa dan berjanji akan mengahwini Mellisa apabila dewasa nanti
|
Seorang
yang berani
|
Hisyam
menumbuk seorang budak Inggeris kerana cuba memegang tangan Mellisa
|
|
Seorang
yang rajin
|
Hisyam
sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi
|
|
Seorang
yang bercita-cita tinggi
|
Hisyam
bercita-cita ingin menjadi peguam atau tentera
|
|
Watak & perwatakan
Syahid
|
Seorang
yang berani
|
Syahid
berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa
|
Seorang
yang penyayang
|
Syahid
menyayangi Mellisa
|
|
Seorang
yang suka berterus terang
|
Syahid
berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa
|
|
Latar masa
|
13
Mei
|
Berlakunya
rusuhan kaum sehingga mengorbankan Hisyam dan ibu Mellisa
|
Waktu
maghrib
|
Hisyam
pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah
|
|
Siang
|
Pertemuan
antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar
|
|
Latar tempat
|
Pejabat
syarikat surat khabar
|
Mellisa
dan Faris berjumpa dengan Syahid untuk membincangkan urusan kerja
|
Rumah
Mellisa
|
Hisyam
menumbuk anak orang putih kerana memegang tangan Mellisa
|
|
Kampung
baru
|
Tempat
responden Mellisa menghantar sahabat baiknya ke rumah pada 13 Mei 1969 yang
akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa
bergelut dengan perusuh
|
|
Jalan
Petaling
|
Termpat
Hisyam meninggal dunia dan ibunya dibunuh oleh perusuh
|
|
Latar masyarakat
|
Masyarakat
yang cinta akan negara
|
Mellisa
sanggup mengorbankan kepentingan diri demi tugasnya kepada negara
|
Masyarakat
yang berani
|
Hisyam
menumbuk seorang budak orang putih kerana memegang tangan Mellisa
|
|
Masyarakat
yang menjadi mangsa rusuhan kaum
|
Hisyam
dan ibunya terbunuh semasa rusuhan kaum di Jalan Petaling
|
|
Masyarakat
yang saling menyayangi tanpa batasan agama dan keturunan
|
Hisyam
seorang minang dan Mellisa seorang Cina menjalinkan hubungan cinta
|
|
Masyarakat
yang rajin
|
Hisyam
rajin membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak
|
|
Nilai
|
Nilai Patriotik
|
Mellisa
meninggalkan Syahid demi tugasnya mempertahankan negara
|
Nilai Keberanian
|
Hisyam
berani menumbuk budak orang putih kerana memegang tangan Mellisa
|
|
Nilai Kasih
sayang
|
Mellisa
menyayangi Hisyam walaupun Hisyam sudah meninggal dunia
|
|
Nilai Kegigihan
|
Hisyam
gigih membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak
|
|
Nilai Perpaduan
|
Perpaduan
antara kaum sangat penting untuk keamanan negara
|
|
Pengajaran
|
Kita
hendaklah menjaga keharmonian antara kaum
|
Peristiwa
seperti 13 Mei tidak akan berlaku jika semua kaum saling menghormati dan
bertolak ansur
|
Kita
hendaklah menyayangi seseorang walaupun berbeza budaya
|
Hisyam,
seorang minang menyayangi Mellisa, seorang Cina dan berjanji akan mengahwini
Mellisa apabila dewasa nanti
|
|
Kita
hendaklah rajin membantu keluarga
|
Hisyam
rajin membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak
|
|
Kita
hendaklah sayang akan negara
|
Mellisa
sanggup meninggalkan Syahid demi tugasnya mempertahankan negara
|
|
Kita
hendaklah berani mempertahankan orang yang disayangi
|
Hisyam
berani menumbuk budak orang putih kerana memegang tangan Mellisa
|
|
Gaya Bahasa
|
Peribahasa
|
Bertegang
urat leher
Tidak
lari gunung dikejar
|
Simile
|
Kumisnya
yang kecil bak satu garis hitam
|
|
Metafora
|
Bisul
rusuhan
|
|
Personifikasi
|
Angin
utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya
|
|
Sinkof
|
”Aku
tak nampak hujan pun,” kata Syahid
|
Soalan Pemahaman: Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab
soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu
angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi,
andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang
kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah
kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah
bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi
pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang
memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun
dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di
sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah
dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China , walaupun dia berbangsa Cina,
berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong . Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.
Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan
rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam
harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei
itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati
M16.
(Dipetik
daripada Mellisa oleh Abdullah
Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan harapan Mellisa sebelum dia meninggal dunia. [2 markah]
(Mellisa berharap agar rakyat
negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai / semua kaum dapat hidup sebagai
satu bangsa yang merdeka dan berjaya)
(ii) Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda. [3 markah]
(saya tidak akan mencari perempuan lain kerana
mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian…Mellisa meninggalkan saya
semata-mata untuk kepentingan negara…saya tidak mahu dianggap sebagai orang
yang mementingkan diri)
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di
atas dan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]
(Dalam petikan: Mellisa seorang yang memiliki semangat patriotik
yang tinggi. Dia menyertai tentera semata-mata untuk berkhidmat kepada negara
ini.Dalam cerpen: Mellisa seorang
yang tabah menghadapi dugaan. Dia tidak berdendam kepada orang yang membunuh
tunangnya, sebaliknya menganggap kejadian itu takdir Tuhan)
No comments:
Post a Comment