Surat kepada kawan untuk menasihatinya agar
berhenti merokok / terlibat dalam gejala sosial / mengalami keruntuhan akhlak
No.
33, Jalan Wellman,
Taman Rawang Jaya,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
6 November 2013.
Menemui saudari Jovanne Tan yang kini berada di Taman Berjaya, Alor
Setar dengan iringan doa semoga sentiasa
berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Saudari,
Apa khabar sekarang? Saya di sini sentiasa sihat. Diharapkan saudari
begitu juga hendaknya. Sebenarnya tujuan saya mengutuskan surat ini adalah
dengan tujuan untuk mengetahui cerita sebenar tentang peristiwa yang menimpa
saudari baru-baru ini. Saya mendapat tahu saudari telah beberapa kali ditangkap
oleh pihak sekolah kerana menghisap rokok di kawasan sekolah. Saya berasa amat
terkejut apabila mendapat tahu cerita ini daripada sahabat kita iaitu Angelia. Sebagai sahabat karib saya berasa
terpanggil untuk memberi nasihat kepada saudari
demi kebaikan saudari pada masa depan. Janganlah nanti sudah terhantuk baru tengadah.
Ingatlah saudari,, merokok bukanlah suatu perbuatan yang baik kepada
kesihatan kita, apatah lagi kita sebagai pelajar sekolah. Merokok bukan sahaja
boleh menyebabkan beberapa penyakit berbahaya seperti kanser, malahan saudari
juga mungkin akan menghidapi penyakit batuk yang berpanjangan dan sukar untuk
sembuh. Tambahan pula, tabiat merokok yang saudari amalkan juga akan
menjejaskan kesihatan saudari bagi jangka masa panjang. Bukankah saudari sudah
mengetahui perkara ini semasa mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang saudari ikuti di sekolah? Janganlah sudah geharu cendana pula.
Jika saudari terus dengan perbuatan salah yang saudari lakukan, lambat
laun pihak sekolah akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap saudari.
Saudari mungkin akan digantung persekolahan bagi jangka masa tertentu ataupun
lebih buruk lagi, saudari boleh dibuang daripada persekolahan. Perkara ini
sudah pasti akan menjejaskan masa depan saudari nanti dan tentunya akan
mengecewakan harapan ibu bapa saudari. Saya pasti saudari sedia maklum dengan
perkara ini kerana saudari telah diberitahu tentang peraturan-peraturan sekolah
yang mesti dipatuhi. Saudari perlu ingat bahawa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Jika saudari tidak menghentikan perbuatan merokok dengan segera, saya
bimbang lama- kelamaan saudari akan terlibat pula dengan gejala penagihan
dadah. Hal ini disebabkan merokok merupakan langkah pertama seseorang itu
terlibat dengan gejala penagihan dadah apabila merokok tidak dapat memberikan
kepuasan kepada saudari. Jika perkara buruk ini berlaku kepada saudari, ketika
itu segala-galanya sudah terlewat untuk saudari mengubah sikap. Saya berharap
saudari dapat segera menghentikan tabiat itu sebelum nasi menjadi bubur.
Perbuatan yang saudari lakukan bukan sahaja melanggar peraturan sekolah,
malahan juga merupakan suatu perbuatan yang membazir kerana menggunakan wang
yang diberikan oleh boda dan ayahanda saudari pada tempat yang tidak
sepatutnya. Bukan itu sahaja, saudari
telah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saudari.
Bukankah wang yang diberikan untuk keperluan pelajaran saudari? Bukannya untuk
digunakan pada tempat yang tidak berfaedah sebagaimana yang saudari lakukan
sekarang. Saya percaya jika bonda dan ayahanda
saudari mengetahui perkara ini, mereka pasti amat kecewa bagai kaca
terhempas ke batu dengan sikap saudari
Saudari, sebelum saya mengundur diri, terlebih dahulu saya memohon maaf
sekiranya surat saya kali ini agak ‘keras’. Saya berbuat demikian untuk
kebaikan saudari juga. Saya amat berharap saudari dapat mengubah tabiat buruk
saudari sebelum terlambat. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Semua
ini perlu saudari lakukan demi masa depan saudari sendiri. Tiada sesiapa yang
dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri. Ingatlah rosak bawang kerana
jambaknya. Sekali lagi saya amat
berharap agar saudarI tidak menganggap nasihat saya ini sebagai menjaga tepi kain saudari. Saya berbuat
demikian atas nama sebagai sahabat sejati yang tidak mahu melihat saudari
kecundang suatu hari nanti. Janganlah menjadi seperti melukut di tepi gantang.
Sekian surat saya.
Sahabatmu,
...................
No comments:
Post a Comment