Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian
buat suatu rumusan tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat
patriotik dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha
tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang kental dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan patriotisme.
Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa belia kini semakin berpaksikan fahaman individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara maya ialah negara tanpa sempadan seperti dalam konteks Internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh kuasa ekonomi asing.
Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Sivik tetapi usaha ini menemukan kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran Sejarah memikul tanggung- jawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis supaya diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik dalam kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti dilaksanakan dalam bentuk pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini ialah mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan negara dan menegakkan kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan bersemangat setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat kekitaan.
Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat penting untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan belia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.
Rangka Rumusan:
(A1)Petikan membincangkan
.................................
.................................................
....................................................
(A1)Kekangannya termasuklah ........................ ...............................................
(A2) Selain itu, ....................................................... dan /
serta .......................................................... (A3) Kekangan lain termasuklah
.............................................
selain
....................................
(A4) ............................... juga kekangannya.
(A1)Peranan
ibu bapa pula termasuklah ......................................(A2) Di
samping itu, ............................................................................
malah
........................................................................... [Ibu bapa perlu
bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan. / Ibu bapa perlu
menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di rumah./ Ibu bapa sewajarnya
membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah]
(A1)Tuntasnya,
.......................................................................
agar .......................... ...........
[Pemimpin-pemimpin belia patut bekerja keras
membawa belia kembali ke pangkal jalan agar mereka menyedari
....................................]
(.................patah kata)
Soalan 2(a) :
Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan
berikut menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat. [2 markah]- berkait secara langsung dengan harapan/ impian pemerintah
ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia? [3 markah]- bangga menjadi rakyat Malaysia / bersemangat setia kepada negara / menyanjungi semangat kekitaan
iii. Sebagai
seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai
semangat patriotik yang tinggi? [4 markah]
-menyertai
perarakan pada Hari Kebangsaan / menentang usaha pihak luar yang ingin campur
tangan dalamhal ehwal negara kita / menghormati lagu Negaraku / menghulurkan
derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan / berbangga menjadi anak Malaysia
B) Baca petikan di bawah dengan teliti
kemudian tulis satu rumusan tentang akibat
tidak membaca bahan yang bermutu dan usaha-usaha
untuk mengatasinya . Panjang rumusan anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Banyak yang boleh kita andaikan sekiranya remaja hari ini tidak minat membaca. Remaja akan ketinggalan tentang perkembangan pesat yang berlaku di dunia pada hari ini. Dunia hari ini berada di bawah telunjuk globalisasi yang menjadikan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya. Sekiranya remaja tidak gemar membaca dan kalau membaca pun menumpukan perhatian kepada hal-hal yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahayul, kisah-kisah artis dan penghibur semasa, dia tidak mencanai dan mengembangkan ilmu.
Tanpa bahan-bahan baik yang dibaca,
remaja tidak akan melatih diri untuk berfikir dan menganalisis. Generasi yang
tidak berfikir tidak akan menghasilkan idea-idea yang bermakna. Dalam buku
terkandung sumber maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk remaja. Buku
merakamkan idea-idea yang berbagai-bagai, menghimpunkan analisis manusia
tentang sesuatu peristiwa atau keadaan dan mencatatkan fakta dan data yang
ditemui penulis dan pengkaji terhadap pelbagai perkara. Buku membantu remaja
berkongsi, mengetahui dan mendapat jalan ilmu tentang perubahan dan kemajuan.
Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca.
Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap
peringkat tetapi juga menjadi sebati dan ketagihan. Jika tidak membaca ada
semacam kekosongan dalam hidup . Apabila mendapat bahan yang hendak dibaca
ibarat seseorang mendapat teman yang sangat dikasihi. Sebab itu orang Barat dan
Jepun mampu menempa kemajuan dan perubahan. Mereka membaca dalam kapal terbang,
dalam kereta api, sambil menunggu bas dan apabila ada masa terluang.
Tabiat membaca mesti dipupuk dan
dilatih sejak kecil lagi. Anak-anak yang masih kecil elok didedahkan dengan
bahan-bahan bacaan yang memikat minat mereka membaca. Walaupun pada peringkat
awal anak-anak suka melihat gambar atau cerita-cerita yang bercorak kartun,
galakan harus diberi supaya anak-anak suka membaca cerita. Fikiran kanak-kanak
yang hanya didedahkan dengan bahan bacaan kurang bermutu tidak akan berkembang.
Mereka hanya berupaya memikirkan perkara-perkara yang remeh. Justeru, apabila
dewasa mereka tidak berupaya menghadapi desakan hidup yang lebih mencabar.
Bagi remaja, membaca buku teks
kadang-kadang menjadi suatu paksaan. Kalau tidak kerana tuntutan belajar dan
ingin lulus dalam peperiksaan, buku teks akan terbiar begitu saja. Sesetengah
pula berpendapat bahawa setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, membaca sudah
tidak perlu lagi. Banyak masa remaja dihabiskan di hadapan media elektronik
bagi mendapatkan bahan-bahan yang bercorak hiburan, picisan malah kadang-kadang
melalaikan. Para remaja harus memupuk kecenderungan membaca bahan-bahan yang
baik dan berfaedah. Apa yang remaja baca ada kesannya pada minda, pada sikap
mental malah pada tanggapan dan hobi.
Sebuah negara yang sedang menuju
tahap negara maju seperti Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang minat
membaca. Kekuatan bagi sesebuah negara yang bakal maju banyak bergantung pada
kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya. Hal ini bermula sejak zaman
remaja lagi. Sekiranya para remaja hanya cenderung membaca bahan-bahan ringan
semata-mata dan tidak memiliki minat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, maka
globalisasi yang sedang kita tempuh bakal menyebabkan kita terpinggir daripada
arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan. Proses negara maju harus seimbang dengan
darjah berfikir rakyatnya. Darjah pemikiran rakyat hanya boleh meningkat
sekiranya proses mendapatkan maklumat, menguasai ilmu, membandingkan
bahan-bahan kajian dan meneliti penemuan-penemuan baru menerusi pembacaan.
Pembacaan boleh berlaku sama ada menerusi media cetak ataupun elektronik
seperti Internet.
Rangka
Rumusan:
(A1)Petikan membincangkan
.................................
.................................................
....................................................
(A1)Akibatnya termasuklah
............................................... (A2) Selain itu,
................................. dan / serta ......................... (A3) Akibat lain termasuklah
.............................................
selain .................................... (A4) ............................... juga akibatnya.
(A1)Usahanya pula termasuklah pihak sekolah ......................................(A2)
Di samping itu,
............................................................................
malah ...........................................................................
(A1)Tuntasnya,
.......................................................................
agar .......................... ...........
(.................patah
kata)
No comments:
Post a Comment