Tuesday 5 November 2013

TATABAHASA (PERIBAHASA) FOKUS SPM 2013


LATIHAN  FOKUS SPM  :
A) Peribahasa yang menggambarkan  situasi

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.[ -belakang parang ........................................................]

(ii)
Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri. [-biduk ..................... ..........................................................................]

(iii)
Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.  [yang dikejar ........................................................................................... / mendengar guruh.................... ............................................................................................]                                                           [6 markah]


B) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang.                                                                                                                                                [6 markah]


C) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian catatkan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Choong dan Raju dinasihati oleh guru kaunseling itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.[buang…………….,…………………..jernih]

(ii) Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.[seperti duduk dalam …………………../ seperti cacing…………….]

(iii) Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi insan yang berguna.[melentur………………………………………………..]

(iv) Walaupun kebanyakan penduduk kampung tersebut pada mulanya hidup dalam kesusahan, mereka tekun bekerja dan sanggup bersusah payah mencari rezeki dan hari ini mereka mula mengecap kesenangan. [berakit-rakit.......................................................................................]

(v) Kini segala-galanya telah terlambat dan harapannya hancur setelah mengetahui anak kesayangannya terlibat dengan dadah. [.....................................................................bubur]


D) Membina ayat daripada peribahasa:

1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung
Sikap budak itu  yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahukan anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.                                                          [6 markah]



E) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

(i)
Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaik-baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

(ii)
Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya.

(iii)
Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.                                                                                    [6 markah]

1 comment:

  1. Assalamualaikum cikgu muin, apa jawapan2 untuk soalan peribahasa yg B) tu?

    ReplyDelete