Tuesday 5 November 2013

SOALAN NOVEL FOKUS SPM 2013


Berdasarkan  dua buah novel yang anda kaji, huraikan  satu perwatakan watak sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.                                             [8 markah]


Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah -  Watak Sampingan

Watak sampingan: Tengku Murni/ Murni
Perwatakan : Gemar berpakaian ‘rugged’ - diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar yang terdapat dalam album Tengku Murni. / Anak yang manja - Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana. / Peramah - Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan hampir semua pelajar Sekolah Menengah Taman Sari. / Tidak mudah mengalah - melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa Hanani, Tengku Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-abangnya. / Tidak memandang rendah pada orang lain - Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Tengku Murni kerana sering merendah-rendahkan orang lain

Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir -  Watak Sampingan

Watak sampingan: Profesor Zaidah
Perwatakan: Bertanggungjawab - Selaku  pengarah kerja lapangan iaitu ekskavasi (kegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala ) di Bukit Mat Raya. Dia menjaga kebajikan dan keselamatan ahli pasukannya. Oleh itu, dia berusaha untuk mendapatkan bekalan generator supaya kerja menggali boleh dilakukan pada waktu malam dan bagi tujuan keselamatan ahli pasukannya yang berkhemah di  Desa Karpus./ Penyayang - Setelah sedar akan kesilapannya, dia memohon maaf daripada Amira kerana meletakkan tugasnya di tempat yang pertama. Sambil berpelukan dia menegaskan bahawa walaupun sibuk, dia amat sayang akan Amira kerana Amiralah satu-satunya anaknya./ Dedikasi - Selepas mengalami kemalangan kerana masalah pada brek kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya bersama-sama Pak Lias , Dr. Zawawi mencadangkan agar ekskavasi dihentikan buat seketika tetapi Profesor Zaidah tidak mahu mengalah dan tetap mahu meneruskannya.




1 comment: