Setiap
individu ingin berjaya dalam bidang akademik. Sebagai seorang pelajar yang
prihatin, anda sentiasa menanamkan harapan untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik.
Jelaskan persiapan-persiapan yang
perlu anda lakukan untuk meningkatkan pencapaian anda dalam bidang akademik.
PERENGGAN |
ISI / HURAIAN / CONTOH |
PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK |
Perenggan
1- Pendahuluan (Kaedah 5 + 1) a)
Definisi b)
Isu Semasa c)
Latar Belakang d)
Peribahasa e)
Pendapat f)
Ayat Kehendak Soalan |
*Akademik atau pelajaran sangat penting untuk masa hadapan pelajar. *Jika seseorang
itu berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang, mereka boleh memilih kerjaya
yang disukai *pelajar juga tidak perlu berasa risau untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana tawaran biasiswa
sentiasa terbuka luas. *Oleh itu, terdapat pelbagai persiapan perlu
dilakukan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. *Persoalannya,…….. |
Ilmu pelita hidup |
Perenggan
2 – Isi
1 (Kaedah Deduktif) a)
a) Apa (IU) b)
b) Mengapa c)
c) Bagaimana dd)
Penegasan(KK) |
*memberikan tumpuan sepenuhnya
*Pembelajaran dan pengajaran guru merupakan satu proses yang amat berguna kepada pelajar. *Guru
mengajar tajuk-tajuk baharu *Jika
pelajar lalai, leka, bersembang dan suka berkhayal, sudah pasti akan
ketinggalan. *Pelajar hendaklah sentiasa mendengar dengan teliti setiap ilmu
yang disampaikan oleh guru *untuk memantapkan ilmu pengetahuan yang
disampaikan oleh guru, kita perlu mencatat nota mengenai fakta-fakta
pelajaran berkenaan. Dengan adanya nota, pelajar boleh merujuk semula jika
terlupa. *Pelajar tidak perlu malu untuk bertanya kepada guru tentang perkara
yang tidak difahami * memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. |
Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut |
Perenggan
3 – Isi
2 (Kaedah Deduktif) a)
a) Apa(IU) b)
b) Mengapa c)
c) Bagaimana d)
d) Penegasan(KK) |
*menguruskan masa dengan baik. *Jika setiap masa kita diisi dengan aktiviti berfaedah, bermakna kita
telah menghargai masa. *Untuk
menguruskan masa dengan baik, pelajar perlu menyediakan jadual terutama
semasa berada di rumah. Sebagai contoh, masa membantu ibu bapa, mengulang
kaji pelajaran, beriadah, dan lain-lain perlu dimasukkan dalam jadual.
*Jadual yang telah disusun sebaik-baiknya dipaparkan supaya mudah dilihat dan
kita perlu mematuhi jadual yang telah dirancang. *dengan adanya jadual, kita
dapat mengurus masa dengan baik agar cemerlang dalam bidang akademik. |
masa itu umpama pedang; jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung
kita |
Perenggan
4 – Isi
3 (Kaedah Deduktif) a) Apa(IU) b) Mengapa c) Bagaimana d) Penegasan(KK) |
*rajin
mengulang kaji pelajaran *kita akan lebih mudah untuk
mengingati ilmu yang diajarkan oleh guru.* budaya rajin membaca juga dapat
diamalkan dengan berkesan. *Seseorang itu hendaklah berusaha
bersungguh-sungguh supaya berjaya dengan cemerlang dalam bidang
akademik. *kita boleh berkunjung ke pepustakaan untuk mendapatkan bahab-bahan
bacaan dan membuat rujukan. *Kita juga perlu
membuat nota-nota kecil dan ringkas. Nota kecil mudah untuk dibawa ke mana
sahaja dan membolehkan kita merujuk nota tersebut pada waktu lapang seperti
waktu rehat.
*rajin membaca buku pelajaran dan mengulangkaji
pelajaran membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik. |
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya |
Perenggan
5 – Isi
4 (Kaedah Deduktif) a)
a) Apa b)
b) Mengapa c)
c) Bagaimana d)
d) Penegasan(KK) |
*menyiapkan latihan dan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru. *menjauhi sikap negatif seperti
suka bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. *sikap ini akan membentuk
sifat malas dalam diri kita. *apabila kita bersikap rajin dengan menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru, kita akan berasa seronok dan senang hati
kerana guru tidak akan memarahi kita. *Kita perlulah
menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dengan segera. Selain itu, pelajar juga perlu mengurangkan aktiviti menonton televisyen
semasa berada di rumah kerana masa itu emas. *sebagai seorang pelajar, kita
hendaklah bersikap rajin untuk menyiapkan segala tugasan dan kerja sekolah
yang diberikan oleh guru supaya kita boleh mencapai kejayaan. |
Orang yang
bertangguh itu pencuri masa |
Perenggan
6 – Isi
5 (Kaedah Deduktif) a)
a) Apa b)
b) Mengapa c)
c) Bagaimana d) d) Penegasan(KK) |
*berkawan dengan rakan-rakan yang rajin
belajar. *Rakan yang rajin belajar boleh
mempengaruhi kita. *Rakan yang rajin
belajar membolehkan kita bertukar-tukar buah fikiran. *Rakan sebaya mampu untuk memberikan tunjuk ajar. *Ibu bapa juga boleh memainkan peranan memberi tunjuk ajar kepada
anak-anak untuk menyelesaikan masalah pelajaran, contohnya dalam mempelajari
mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan sebagainya. *kita juga boleh membentuk sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan
yang rajin menelaah pelajaran. *Dengan adanya
kumpulan ini, kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan bersaing secara
positif sesama sendiri untuk meraih kejayaan dalam bidang akademik. * rakan-rakan yang rajin sebagai pembimbing untuk berjaya. |
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih #Manusia
yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat |
Perenggan
7 – Penutup (Kaedah 1 + 4) a)
a) Kesimpulan b)
b) Pendirian c) c) Harapan d) d) Peribahasa / Ungkapan |
*setiap pelajar boleh berjaya dalam bidang akademik dengan cemerlang. *Jika
kita bersungguh-sungguh, pasti kita akan berjaya seperti yang diungkapkan
dalam pepatah, usaha tangga kejayaan. *semua
pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing agar para pelajar
beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. |
Genggam bara api biar sampai jadi arang #Berharap
tanpa usaha merupakan pekerjaan yang sia-sia |
No comments:
Post a Comment