KEBAIKAN-KEBAIKAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pendahuluan: - Perpustakaan ialah tempat rujukan / mestilah memanfaatkan perpustakaan / membaca
jambatan ilmu / tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu
maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf pengetahuan / suatu unit bersepadu yang
berfungsi untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan
pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak
dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru
dan murid.
Isi
1: - Pelbagai bahan rujukan untuk
menambah ilmu pengetahuan
-membaca pelbagai
jenis bahan bacaan / menyediakan pelbagai bahan rujukan / dapat meningkatkan
pengetahuan murid/remaja / menduduki peperiksaan utama seperti PMR, SPM, STPM /
disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid / Hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih / bertindak sebagai gedung ilmu pengetahuan / bahan dapat dipilih
untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah / memberi panduan kepada guru dan
murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras
dengan keperluan dan tujuan masing-masing / mencari bahan-bahan atau alat-alat
bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran / Suasana di dalam
perpustakaan sangat selesa (kondusif) dan tenang
Isi 2:- Kemudahan Internet untuk
mengakses maklumat
- mengakses ilmu
melalui pelbagai kemudahan elektronik / mengakses bahan-bahan pembelajaran
seperti nota, soalan-soalan latihan, soalan ramalan, dan sebagainya / laman sesawang bercorak akademik ialah
tutor.com.my, skorA.com.my, laman-laman sesawang guru cemerlang, dan
sebagainya / kalau tidak dipecahkan
ruyung, di mana akan mendapat sagunya /
mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi
pencapaian akademik / memperoleh,
menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid / dicari dan digunakan dengan mencukupi dan
mudah / pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar
dan sebagainya / sambil menyelam minum air.
Isi 3: - Tempat mengulang kaji pelajaran
- dapat menggunakan
masa secara bermanfaat / Dapat mengelakkan murid terlibat dalam aktiviti yang
tidak berfaedah seperti melepak, terlibat dengan gejala sosial, dadah,
berpeleseran, dan sebagainya / Masa itu emas / pembelajaran menjadi
lebih dekat, lebih `detail dan spesialis’ (detail
and specialise) / lebih menarik dan bermakna / menggalakkan perubahan tingkah laku yang
diingini / proses pembelajaran akan
berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. / dapat memperkaya
pengalaman murid-murid /
Kesimpulan
- perlu
dimanfaatkan oleh masyarakat / memantapkan pengetahuan / murid yang tidak
mengunjungi perpustakaan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan /
murid yang berpengetahuan dapat bersaing
/ Pembelajaran lebih menyeronokkan murid-murid dengan adanya pelbagai
media perangsang / memainkan peranan
yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran/ Tanpa Pusat
Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh
/ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
No comments:
Post a Comment