Wednesday 7 October 2020

LATIHAN MENULIS KARANGAN

 

 Anda selaku wartawan dari salah sebuah akhbar tempatan telah diminta mewawancara seorang pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tentang masalah cetak rompak di negara ini.

Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.

Pendahuluan:

-          seseorang yang mengeluar, menjual dan mengedar keseluruhan atau sebahagian karya orang lain secara komersial tanpa kebenaran – menangguk di air keruh

-          melanggar hak cipta karyawan terhadap hasil ciptaannya – memerah keringat orang lain

-          Malaysia pusat terbesar pengedaran cetak rompak yang berpusat di Hong Kong, Taiwan dan China

 

Isi:

-          Punca: -lebih murah – mendapat sambutan daripada pengguna – cakera padat cetak rompak hanya berharga antara RM 5 hingga RM 10 sekeping berbanding harga asli di sekitar RM 49.90 sekeping – terdapat pengguna yang berpegang pada prinsip alah membeli menang memakai

-          Kemajuan sains dan teknologi – perkembangan teknologi digital - proses penyalinan semula – industri cetak rompak berkembang dengan cepat – cendawan yang tumbuh selepas hujan

-          Mudah didapati di mana-mana – pasar malam – kaki lima – Tiga hari selepas filem Star Wars: Episode I: The Phantom Menace ditayangkan di Amerika, versi cetak rompak telahpun berada di pasaran Malaysia – 219 panggung wayang gulung tikar – menutup periuk nasi pengusaha panggung wayang

-          Kesan:- menggugat keyakinan pelabur asing – projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC) tergugat – menjejaskan peluang pekerjaan – yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

-          Melumpuhkan industri seni khasnya industri muzik dan perfileman tempatan –1996 hingga 2000 jualan kaset asli jatuh sehingga 75%  -  syarikat rakaman hanya mengeluarkan album kompilasi –  kekurangan filem menyebabkan Festival Filem Malaysia gagal dibuat setiap tahun – Pengusaha kurang berminat untuk menghasilkan sesuatu karya yang berkualiti – hanya melepaskan batu di tangga

-          Cara Mengatasi:- pihak berkuasa melipatgandakan usaha memerangi gejala cetak rompak – Akta Hak Cipta 1987 , Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Filem (penapisan) 1952, Akta Cakera Optik 2000 memberi kuasa kepada pihak berkuasa melaksanakan langkah anti cetak rompak -  April 1999 sehingga April 2001, 7 703 kes diambil tindakan dengan nilai rampasan RM 73 juta – dilakukan secara berterusan – bukannya hangat-hangat tahi ayam

-          Memperkenalkan sistem kod bagi pengeluar cakera padat – setiap cakera padat yang dikeluarkan mempunyai kod syarikat yang diberi kebenaran oleh pemegang hak cipta – tidak boleh salah guna kebenaran yang diberi – lembu punya susu, sapi dapat nama

-          Mengadakan kempen - Kempen Selamatkan Industri Muzik Kita – diperkenalkan pada 1 April 2001 – Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menurunkan harga kaset dan cakera padat sebanyak 50% yang melibatkan 200 judul album yang terpilih -  Microsoft mengadakan Kempen Generasi Whiz Microsoft – pertandingan melukis bertemakan perlindungan hak cipta harta intelek bagi murid-murid sekolah rendah – melentur buluh biar dari rebungnya

 

Penutup:

-     hak cipta menjadi nadi penting ke arah industri maklumat dan komunikasi

-          usaha yang dirancang akan gagal tanpa perubahan sikap masyarakat

-          Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merupakan pihak yang mempunyai kuasa secara langsung dalam membanteras cetak rompak – menjalankan tanggung jawab dengan jujur – jangan bersikap harapkan pagar, pagar makan padi

No comments:

Post a Comment