Wednesday, 7 October 2020

LATIHAN KARANGAN: DIMENSI DIRI

 

LATIHAN KARANGAN: DIMENSI DIRI

 

Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang  penting dalam kehidupan seseorang. 

 

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

 

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Pelita ……………" . Begitulah antara …………………. yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan saya sebagai manusia yang ingin berjaya dalam kehidupan. …………………………., jika saya  tidak mempunyai ilmu, saya akan ketinggalan dan  akan mengalami kesusahan dalam kehidupan apabila dewasa nanti. …………………………………….. yang dilakukan jika seseorang itu tidak berilmu seperti ……………………………………………………. maka individu tersebut akan sentiasa ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada aspek sosioekonomi mahupun sosiobudaya. Oleh hal yang demikian, saya perlu berusaha dengan gigih untuk mendalami ilmu pengetahuan kerana ilmu tidak datang sendiri melainkan dengan usaha yang berterusan persis kata peribahasa; hendak seribu daya, …………………………….  Hadis juga pernah meriwayatkan bahawa tuntutlah ilmu sehingga ke negara ……………………. Berdasarkan ……………………………..tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan amat signifikan dalam kehidupan dan saya perlu berusaha untuk menggapainya. Peribahasa ada berpesan bahawa genggam api …………………………………………………….. Begitulah konsep yang sepatutnya menjadi pegangan saya dalam usaha mengembangkan ilmu di dada. Malahan, ilmu pengetahuan mampu mengubah taraf hidup kehidupan keluarga saya terutama untuk memecah kepompong kemiskinan keluarga yang sering menghantui keluarga saya mayapada. Sekiranya saya tidak mengambil kesempatan untuk mengubah kehidupan keluarga saya dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah pasti kehidupan keluarga saya tidak akan berubah dan berada pada takuk yang lama. Sehubungan dengan itu, persoalan yang akan menjadi fokus wacana ini apakah …………………………………………… lantaran ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang amat  penting dalam kehidupan seseorang?


             Saya akan mengupas isi pertama saya iaitu usaha ………………………… untuk memperoleh ilmu pengetahuan melalui pembacaan buku ilmiah.
………………………………… ………………………………. dengan membaca buku-buku ilmiah secara ………………………, saya akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kerana terdapat ……………………………….  maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan. Terdapat banyak bahan bacaan di pasaran. Pada masa yang sama, saya berpeluang untuk meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca …………………………….  Sebagai ………………………. di muka bumi ini saya sebagai generasi yang sedar akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan seharusnya membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian saya. Sebagai khalifah pada …………………………………………………, pelbagai cara dapat saya lakukan untuk memperoleh ilmu dengan membaca kerana  membaca gedung ilmu. ………………………, kita boleh membaca secara konvensional dengan membaca buku pelbagai aspek ilmuan seperti Kesusasteraan, Matematik, Sains dan sebagainya. Seyogianya, dalam mendepani …………………………………………….. dan dunia tanpa sempadan ini saya boleh melayari pelbagai sumber ilmu dengan menggunakan pelbagai peranti sama ada dengan komputer riba atau gajet terkini telefon pintar. Cara pembacaan ini bukan sahaja pantas dan murah tetapi bahan pembacaan boleh diperoleh melalui pelbagai pendekatan sama ada melalui video dengan melayari laman ……………………… Youtube, atau melalui bahan berbentuk tulisan. Sekiranya saya ………………………… dengan maklumat berkenaan sudah pasti saya menjadi orang berilmu kerana orang berilmu diperlukan dalam kalangan masyarakat ……………………………… agar saya akan dihormati. Membaca bahan ilmiah juga akan membantu saya untuk menambahkan perbendaharaan kata. Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih mudah. ……………………………, dapatlah dikatakan bahawa pembacan bahan ilmiah membolehkan saya meningkatkan ilmu pengetahuan oleh sebab membaca …………………………….

 


              Mari kita selusuri perbincangan seterusnya dengan menggunakan kata kunci isi kedua iaitu dengan memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru di dalam kelas. Mengapakah isi ini saya  kemukakan? ……………………………………………, guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi kehidupan pelajar, ………………. adalah sangat malang jika saya tidak mengambil peduli dengan tidak menumpu perhatian kepada proses pengajaran guru. Saya juga akan  bertanya sekiranya saya tidak memahami penerangan guru kerana malu bertanya sesat jalan, dan malu biarlah bertempat. Oleh itu, sebagai pelajar yang proaktif saya akan sentiasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru kerana dengan langkah sedemikian rupa saya akan menjadi  pelajar yang berjaya. ………………………., konsep mencatat setiap penerangan guru juga merupakan amalan terpuji kerana adakalanya penerangan guru tidak ada dalam nota tetapi keluar secara spontan semasa pengajaran guru kerana proses mengunakan deria telinga untuk mendengar, deria mata untuk melihat dan angota tangan dan jari jemari mencatat akan memudahkan proses memantapkan ingatan saya semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru di dalam kelas. ………………………………. apabila 
seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajar disebabkan mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sedang dijalankan. …………………………….., saya juga  perlu mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang akan menimbulkan kemarahan guru seperti bersembang, dan mengganggu proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru guru  kerana konsentrasi guru akan hilang semasa mengajar apabila situasi berkenaan berlaku, dan selalunya pelajar dalam kategori ini akan berada di belakang pelajar yang berjaya. Jika saya tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan menjadi lalat yang membusukkan ikan. ……………………………………………………, kita tidak seharusnya menimbulkan masalah kepada orang lain kerana sifat berkenaan amat merugikan kita. Jika saya selalu fokus akan pengajaran guru di dalam kelas dan sentiasa menjaga hubungan dengan guru sudah pasti saya akan berjaya dalam pelajaran. …………………………., sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya, saya perlu memberi tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru di dalam kelas.


                       ………………………………………..,  lensa perbincangan diteruskan sebagai isi ketiga iaitu membentuk kumpulan belajar mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang tidak saya kuasai. …………………………………, justeru sebagai seorang pelajar yang mendambakan kecemerlangan ilmu, saya perlu memilih anggota kumpulan yang akan membatu saya menguasai  mata pelajaran yang sukar untuk saya kuasai kerana ………………………………………………….., musuh jangan dicari. Antara faktor pemilihan rakan untuk menjadi ahli kumpulan belajar saya ialah mereka perlu sealiran dengan jiwa saya supaya saya boleh berbincang dengan mereka dengan kondusif. ……………………………………………………………………iaitu rakan  kumpulan belajar saya ini terdiri daripada rakan yang boleh membantu saya berbincang tentang pelajaran di luar waktu persekolahan. Dengan itu, rakan yang saya pilih perlu bervariasi kemahiran kerana impaknya kami boleh saling membantu untuk menguasai setiap mata pelajaran yang tidak kami kuasai. Apabila semua faktor pemilihan berkenaan diambil kira, sudah pasti proses pembelajaran berkumpulan kami akan memberi impak yang ……………………….. Sebagai contoh, rakan pertama saya mahir dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, dan saya pula mahir mata pelajaran Bahasa Melayu, rakan kedua saya pula mahir mata pelajaran Matematik, sementara rakan ketiga saya mahir mata pelajaran Matematik Tambahan, dan rakan kelima mahir mata pelajaran Biologi. Tepuk dada ………………………………., jika semua faktor pemilihan telah lengkap sudah pasti aktiviti pembelajaran saya secara kumpulan akan ceria, di samping perkongsian ilmu akan berkonsep menang menang dan semua ahli kumpulan akan menerima kesan terutama untuk menguasai pelbagai mata pelajaran. Peribahasa ada mengatakan bahawa ……………………………………………………………, kawan menangis sukar dicari. Sekiranya saya mampu membentuk kumpulan belajar yang ideal seperti saya nyatakan di atas, saya akan mampu berjaya dalam pelajaran. ………………………….., saya akan cuba membentuk kumpulan belajar sealiran dengan jiwa saya agar mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan, terutama mata pelajaran yang tidak dikuasai.


           
………………………… ini akan membicarakan isi keempat saya di bawah tajuk menjadikan tokoh ilmuan tersohor sebagai suri teladan. …………………………………………… …………………………. kerana saya berpeluang untuk meraih pengalaman mereka dalam menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini kerana mereka telah berjaya menerbitkan karya ilmiah yang mampu meningkatkan minat dan kesungguhan pembaca untuk mengumpulkan ilmu pengetahuan untuk menerangi kehidupan serta kesejahteraan masyarakat serata alam. ……………………… ……………………………. antara nama pengarang tersohor yang perlu kita contohi adalah seperti  Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Syed Muhammad Abduh, Syed Tahir Jalaluddin, HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amarullah. Ketekunan ilmuan tersohor ini untuk menuntut ilmu perlu perlu saya jadikan budaya dalam kehidupan saya. ……………………………… Ibnu Sina seorang ulama tersohor malah pakar dalam bidang perubatan sehingga hasil karya beliau diterjemahkan dalam bahasa Latin, Hebrew dan bahasa Inggeris. Hal ini amat relevan dengan pepatah yang mengungkapkan bahawa ………………………………………………. di situ ada jalan. Antara hasil penemuan Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ialah beliau telah menemukan  pengaruh kuman dalam penyakit seperti  penyakit rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa, dan menghasilkan ubatan dan preskripsi ubat yang mujarab untuk digunakan sebagai penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, begitulah jasa ilmuan tersohor yang menguasai pelbagai ilmu untuk kegunaan manusia sehingga  zaman moden ini. Golongan remaja seperti saya ………………………… melengkapkan diri dengan ilmu yang akan menjadi senjata paling ampuh untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada zaman globalisasi yang sangat mencabar ini demi menjulang nama negara di persada antarabangsa. Saya juga mestilah membina azam dan iltizam tinggi untuk mengecapi kecemerlangan dalam pelbagai bidang selain sering …………………………………... diri.  ……………………….., pemilihan buku bacaan terutama hasil karya ilmuan  tersohor mampu meningkat usaha saya untuk menghasilkan penemuan baru dalam bidang ilmu


     
ISI KE-5

[ - menghadiri program kecemerlangan anjuran sekolah - menjadi medan untuk saya meningkatkan pengetahuan - tumbuh bagai cendawan selepas hujan - menimba pelbagai ilmu -meningkatkan kemahiran - guru-guru berpengalaman - melaburkan duit untuk kecemerlangan - di mana ada gula, di situ ada semut. - mempermudah dan mendedahkan cara-cara untuk saya menjawab soalan, terutama item-item soalan sukar untuk saya fahami. - budaya sekolah cemerlang - menyokong sebarang usaha pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan program kecemerlangan - Sokongan ibarat aur dengan tebing antara pihak sekolah dengan  Persatuan Ibu Bapa Guru - secara berkolaboratif - membuahkan impak yang maksimum - sedaya upaya mengikuti program kecemerlangan – sikap mujahadah perlu diterapkan dalam diri - kecemerlangan dalam pelajaran]

                  …………………………………………………… dapatlah dirumuskan bahawa terdapat pelbagai kaedah atau pendekatan yang boleh saya lakukan untuk menambahkan ilmu  pengetahuan. Melalui perbincangan di atas jelaslah bahawa ilmu pengetahuan boleh dikembangkan sekiranya saya membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian saya selain memberi tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru di dalam kelas. Saya juga perlu membentuk kumpulan belajar yang mampu meningkatkan kefahaman saya terhadap ilmu pengetahuan terutama mata pelajaran yang tidak dikuasai. Malahan, pemilihan buku hasil karya pengarang tersohor amat penting untuk saya meraih pengalaman mereka menggapai kecemerlangan dalam kehidupan terutama kejayaan mereka memperoleh kejayaan dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan turut diperoleh dengan mengikuti program kecemerlangan anjuran pihak sekolah. Memang tidak dapat dipertikaikan yang bulat tidak akan datang bergolek, ……………………………………………  demi meraih kejayaan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan. Prinsip alang-alang menyeluk pekasam biarlah ……………………………………………………………………… perlu diterapkan dalam diri untuk menggapai kecemerlangan ilmu pengetahuan.  Saya juga sedar untuk menambah ilmu pengetahuan saya perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan. …………………………………………………….

No comments:

Post a Comment