PENGGUNAAN PANTUN / PUISI / UNGKAPAN / PERIBAHASA DALAM PENULISAN
KARANGAN
BIL |
PANTUN /
UNGKAPAN / PUISI / PERIBAHASA |
MAKSUD /
PENGGUNAAN |
1 |
Bukan
lebah sebarang lebah, lebah bersarang di pohon
buluh. Bukan sembah sebarang sembah, sembah bersusun jari sepuluh. |
|
2 |
Batu
kecubung warna ungu, ditatah berlian batu bermutu. Adat kami menyambut tetamu, hamparkan tikar lebarkan
pintu. |
|
3 |
Menurut Alex Osborn; Lampu Aladin
tidak akan bersinar dengan sendirinya tetapi Aladin yang mengosoknya terlebih
dahulu. Berbekalkan kata-kata tersebut setiap warga negara ini
perlu berusaha melonjakkan nama ibu pertiwi dengan pelbagai pengiktirafan dan
kegemilangan |
|
4 |
Menurut Lincoln; Dua orang tidak
mungkin jalan bersama jika mereka tidak sepakat. Lantaran
itu, melalui misi dan visi yang ampuh
mampu menyatukan tenaga dan idea warga Malaysia ke arah kecemerlangan.
Melalui misi dan visi yang berkesan juga sudah tentu dapat membuahkan
kejayaan yang cemerlang kepada negara kita. |
|
5 |
Kita seharusnya berpegang pada
prinsip; satu
tumbang ke kiri, satu
tumbang ke kanan, tegak
sama tegak, tumbang
sama tumbang, condong
sama condong, baring
sama baring. Kalau
jala sama menebar, kalau
pukat sama menarik, kalau
rakit sama bergalah, kalau
ruyung sama dipecahkan. |
|
6 |
Genggam bara api biar sampai jadi
arang. Berpaksikan prinsip tersebut, program-program yang
dirancang dan dilaksanakan perlu
menggunakan pelbagai instrumen, anjal dari segi pendekatan serta mudah
diubahsuaikan mengikut ruang dan potensi . |
|
7 |
Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. Dengan itu, program-program yang
dilaksanakan hendalah mengemblengkan sumber tenaga dan kepakaran semua pihak
secara optimum. Kejayaan setiap program akan
dapat menghasilkan output yang berkualiti |
|
8 |
Kata pujangga; kita membentuk masa
hadapan dengan menggunakan sesuatu
yang paling baik yang ada pada hari ini. Maka melalui
program yang dirancang kita akan
berjaya melonjakkan prestasi. |
|
9 |
Kita seharusnya berganding bahu
dalam mengimplimentasikan segala usaha yang dirancang berlandaskan ungkapan lama iaitu; Seberkas
selilitan, seikat
setalian, secembul
sepergaulan, setakar
seulitan. Kalau
sedikit, secubit seorang, kalau banyak,
sesenduk seseorang. Cubit
paha kiri paha kanan terasa juga, susah
sama susah, senang sama senang. |
|
10 |
Sekolah
Penjana Generasi Berhemah, justeru pihak sekolah
sewajarnya dapat mendidik pelajar agar
dapat membangunkan modal insan berminda kelas pertama kerana bagaimana
contoh begitulah gubahannya. |
|
11 |
Selain menjana kemahiran
interpersonal, aktiviti ini juga
merupakan galeri ilmu yang penuh dengan sumber-sumber maklumat agar
para pelajar dapat memanfaatkannya untuk mendapat pengetahuan; bak
kata pepatah Melayu lama sambil menyelam minum air. |
|
12 |
Kegembiraan dan kegiatan
membuatkan waktu seakan-akan menjadi pendek. Demikianlah
kata-kata Shakespeare dalam menggambarkan keriangan dalam menimba ilmu. Justeru,
keceriaan sesuatu tempat bukan sahaja tertumpu pada landskap tetapi merangkumi susun aturnya . Hal ini
demikian, suasana sesuatu tempat itu
berperanan penting dalam mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif dan
efektif. |
|
13 |
Menurut John F. Kennedy; Anak yang salah dididik merupakan anak yang
‘hilang’ Dalam mendidik generasi muda, kemudahan fizikal tempat
tinggal dikenal pasti sebagai faktor
utama yang dapat mewujudkan suasana kondusif , tempat untuk menelaah serta
menjamin keselamatan dan kejayaan mereka. |
|
14 |
Menurut Emerson; apa yang diajarkan
di sekolah bukanlah pendidikan melainkan usaha yang menuju ke arah pendidikan Demi memainkan peranan sekolah
sebagai institusi pendidikan yang terulung maka keharmonian sekolah perlu
terserlah apabila wujud budaya sekolah yang menjadi penyerinya. Dalam erti
kata lain, sekolah yang mempunyai budaya sekolah yang terancang serta dibantu
oleh persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan harmonis mampu menjana
kecemerlangan pelajar sekali gus menjadi sekolah yang berkesan bagi mencapai
Wawasan Pendidikan Negara. |
|
15 |
Menurut Newton; Diriku dengan alam
dapat diumpamakan kerang kecil yang indah merayap di pantai Menyedari
peri pentingnya keindahan alam dalam aspek kehidupan manusia maka semua pihak
perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan setiap ruang dan sudut yang
terbiar bagi menjayakan konsep negara dalam taman |
|
16 |
Yang bulat tak akan datang
mengolek, yang pipih tak akan datang melayang. Dengan itu, berkat
kerja keras serta didasari pula dengan komitmen semua pihak yang terlibat
nescaya kemelut ini akan berjaya ditangani. Kefahaman yang jelas dan mendalam tentang visi, misi,
matlamat dan sasaran yang ingin dicapai
sudah tentu segala usaha yang dirancang mampu membuahkan hasil.
Ditambah pula dengan kepimpinan yang mantap dalam memastikan setiap program
dan aktiviti yang dirancang menepati sasaran maka modus operandi yang
direncanakan dapat direalisasikan. |
|
17 |
Ambilkan
kami buah delima, masak sebiji di balik daun. Kunjungan
tuan kami terima, jadi kenangan bertahun-tahun. |
|
18 |
Sesungguhnya setiap anak watan
Malaysia perlu sentiasa berusaha untuk terus berbakti demi melonjakkan
kualiti imej dan martabat negara dengan berpegang pada prinsip; dari
ulat, sampai menjadi songket, dari
karang, sampai menjadi pulau, dari
ranting, sampai menjadi dahan, dari
rotan, sampai menjadi manau, dari
kancil, sampai menjadi pelanduk, dari
puyuh, sampai menjadi bangau. |
|
19 |
Kalau Tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Rentetan
itu, pelbagai modus operandi perlu
disusun rapi dengan penetapan piawaian, pencapaian, pemantauan, penyeliaan
pelaksanaan program serta penilaian dan tindakan susulan. Impak pelaksanaan
yang amat sistematik ini mampu
menobatkan nama negara agar gah di persada dunia. |
|
No comments:
Post a Comment