Huraikan satu peristiwa
peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut
dalam dua buah novel yang anda pelajari
. [8 markah]
Novel Jendela Menghadap Jalan |
Novel Songket Berbenang Emas |
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya berpendapat bahawa wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa menyelesaikan isu berkaitan kubah surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan isu berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di kampung itu harmoni semula. Selain itu, peristiwa saling berhubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha dan Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu sama lain melalui e-mel dan telefon. Seterusnya, peristiwa menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak Mimah telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan menduduki peperiksaan PMR. Peristiwa ingin tahu tentang sejarah kampung. Sebagai contohnya,Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung datuk dan neneknya semula kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah jendela menghadap jalan. |
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya berpendapat bahawa adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa berjaya melanjutkan pelajaran.Sebagai contohnya, Dahlia telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana, Dahlia telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari asrama atas sebab emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan perasaan sehingga kurang siuman. Selain itu, novel ini wajar berakhir sedemikian melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contohnya ,watak utamanya Dahlia bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari merupakan seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat hal Dahlia dan keluarganya. Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia mengikat tali pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Seterusnya, peristiwa pemberian hadiah kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya ,hadiah kain songket berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini melambangkan jati diri gadis timur. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya dengan Azhari. Malahan Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia berada kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan Azhari selepas tamat pengajiannya nanti. |
No comments:
Post a Comment