Baca petikan berikut dengon teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Belakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang
pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonorni
digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumurnkan sendiri oleh Perdana Menteri
disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini,
kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk
konvensional dengan menjual produk-produk mereka di premis-premis perniagaan
kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada
melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend
baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana
pihak termasuklah suri rumah.
Ledakan teknologi lnternet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah
tingkah laku manusia termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan
ekonomi digital, urusan. jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut
dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa
sahaja boleh berusan juat beli tanpa perlu pergi ke prermis-premis perniagaan
untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut
memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan
import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab
kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, keraiaan telah melancarkan
inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22
Mac 2017.
Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi
yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia.
Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para
pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya rnelalui pembelian barangan
dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu,
pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam
kehidupan generasi muda pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan
sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya. Melalui ekonomi
digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan
buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertumbuhan eksport barangan sebanyak
RM 112 bilion merjelang tahun 2025.
Sebelum
ini, pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang
sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan
teknologi yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi.
Hal ini meniadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan
oleh PKS. Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi ,digital, KDNK
Malaysia melalui PKS pada masa & iradapan bolelr ditingkatkan kepada 80
peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS j uga boleh memasuki pintu gerbang
perniagaan global sehingga dapat merancakkan lagi sektor berkenaan. Keadaan ini
seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin
perniagaan bagi usahawan luar bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit
sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka
turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan kampung tanpa perlu berhijrah ke
bandar-bandar besar.
PENDAHULUAN
RUMUSAN:- ( 2 MARKAH)
Pendahuluan |
AYAT PENDAHULUAN |
MARKAH |
P1 |
Petikan membincangkan
kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / Kelebihan- kelebihan /
faedah-faedah ekonomi digital kepada negara kita / Malaysia. |
2 M |
P2 |
Petikan membincangkan
kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan- kelebihan /
faedah-faedah ekonorni digital dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). |
2 M |
P3 |
Rumuan membincangkan
kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan /
faedah-faedah ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. |
2 M |
P4 |
Petikan / Rumusan membincangkan
kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan /
faedah-faedah ekonomi digital. |
1 M |
P5 |
Petikan mernbincangkan
kebaikan-kebaikan / kepentingan-kepentingan / kelebihan-kelebihan /
faedah-faedah ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. |
1 M |
P6 |
Petikan / Rumusan membincangkan
manfaat-manfaat ekonomi digital. |
1 M |
ISI
TERSURAT- MANFAAT-MANFAAT EKONOMI DIGITAL ( 12 MARKAH)
BIL |
ISI |
MARKAH |
1 |
Enjin pertumbuhan baharu
ekonomi Malaysia |
2 M |
2 |
Dapat menjanakan pendapatan
tarnbahan kepada mana-rnana pihak termasuklah suri rumah. |
2 M |
3 |
urusan jual beli bukan sahaja
menjadi amat mudah |
2 M |
4 |
Dapat rnenjimatkan masa para
pembeli |
2 M |
5 |
Memudahkan urusan perniagaan
pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan |
2 M |
6 |
Para pengguna atau pembeli akan
menikmati manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di
dunia tanpa perlu berada di negara tersebut |
2 M |
7 |
Ekonomi digital menyerlahkan
lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini |
2 M |
8 |
Dijangkakan sebanyak 60 000
peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia |
2 M |
9 |
KDNK Malaysia melalui PKS pada
masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus. |
2 M |
10 |
Ekonomi digital berjaya menjadi
pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar |
2 M |
Namun begitu terdapat kekangan-kekangan ekonomi
digital apabila masyarakat sendiri tidak faham kebaikan ekonomi digital dan
bank sendiri tidak mahu memberi pinjaman kepada golongan belia yang berminat
untuk menyerta ekonomi digital.
KAEDAH
MENULIS PENUTUP RUMUSAN:-
Kata Kesimpulan |
Ayat
Cadangan/ Pihak terlibat |
Kata
hubung |
Ayat harapan |
Konklusinya, |
kita hendaklan memanfaatkan
ekonomi digital ( 1markah |
agar /
supaya |
ekonomi negara kita seiring
dengan negara maju. |
No comments:
Post a Comment