LATIHAN TATABAHASA 1: Berdasarkan pernyataan berikut,
nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.
(i)
Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika
berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para
pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya. _________________________________________________________________________________________
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak
wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung
merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.____________________________________________________________________
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang
dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150
penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik
permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan
semangat kejiranan sesama mereka. __________________________________________________________________________________
LATIHAN TATABAHASA 2: Baca petikan di bawah dengan teliti
dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Pada
hakikatnya, semua pelajar mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal
itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya
menempatkan dirinya dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru
ini. Menurutnya, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan
cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya
kalau orang lain boleh berjaya,tiada sebab dia tidak boleh berjaya. Oleh itu, dia
sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh malahan sanggup berkorban masa dan
tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, dia berjaya
memperoleh kejayaan dan bercadang untuk melanjutkan pelajarannya pada peringkat
yang lebih tinggi.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteHương Lâm chuyên dịch vụ cho thuê máy photocopy màu hoặc bán máy photocopy màu uy tín, giá rẻ tại TP.HCM và giải đáp máy photocopy nào tốt nhất cũng như link download driver toshiba 456 chính xác.