Wednesday, 7 October 2020

LATIHAN NOVEL

 

LATIHAN NOVEL:  

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Huraikan juga sebab anda berpendapat sedemikian.

Novel Jendela Menghadap Jalan

Novel Songket Berbenang Emas

1Peristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan  Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat yang datang dari Kuala Lumpur ke Kampung Sentosa kerana ingin berubat dengan datuk.

  Sebab: -  Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat meringankan beban mereka.

1.Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik beradiknya semasa Nek Kiah sakit.

    Sebab: - Ahli keluarga tidak seharusnya mempunyai sikap pilih kasih

 

 

Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili  pulang ke Kuala Lumpur kerana selama ini ibu berkonflik dengan datulk

   Sebab: - Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik.

  Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Sementara, kaum hawa bergotong-royong menyediakan makan.

   Sebab: - Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.      

 

  Peristiwa Rafik dan Haziq yang telah insaf akan  menduduki peperiksaan Penilaian Menengah  Rendah sebagai calon persendirian.

  Sebab: - Pelajaran amat penting dalam kehidupan seseorang demi menjamin masa depan

 

. Peristiwa  Masyarakat Kampung Haji Rais yang telah berjaya memungut sumbangan sebanyak RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300 daripada Tauke Lim sebagai duit poket kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

   Sebab: - Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat .

   Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya Seman berjaya dihadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan keganasan rumah tangga terhadap keluarganya

   Sebab: - Seseorang yang telah melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

 

. Peristiwa Dahlia terpilh untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan selama empat tahun di Jepun. 

   Sebab: - Ketabahan dan kegigihan menempuh pelbagai cabaran akan membuahkan kejayaan.

 

 

 

Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional berasaskan herba yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Sebab: - Seseorang itu perlu mempunyai jati diri yang kukuh walaupun berhadapan dengan  cabaran

 

. Peristiwa Azhari menghadiahkan sehelai songket berwarna merah berbenang emas kepada Dahlia sebagai meraikan kejayaannya melanjutkan pelajaran ke Jepun selain sebagai simbol untuk mengingatkan Dahlia bahawa mereka masyarakat timur yang perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana mereka berada.
 Sebab: - Kepentingan menjaga dan mempertahankan budaya ketimuran ketika berada di perantauan.

 

 

No comments:

Post a Comment