Sunday 18 October 2020

MEMAHAMI SOALAN KARANGAN

 

KERTAS 1 – BAHAGIAN B (KARANGAN RESPONS TERBUKA)

STRATEGI MENULIS KARANGAN  RESPONS TERBUKA :

 

1. Memilih soalan yang tepat - sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan

2. Memahami soalan - tentukan : Isu, Kehendak Soalan & Format / Kata Kunci

3. Menyediakan rangka karangan - sebagai panduan, kelancaran idea, mengelakkan pengulangan isi & menyusun isi mengikut keutamaan

 

4. Menulis karangan - berperenggan : pengenalan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) & Penutup (1 perenggan) - melebihi 350 patah perkataan - tulisan kemas, bersih & mudah dibaca

5. Menyemak karangan - mengesan kelemahan & kesilapan : mengelakkan pemotongan markah - mengetepikan fakta yang tidak relevan

 

 

MASA YANG DICADANGKAN UNTUK ANDA DALAM SITUASI PEPERIKSAAN:

 

# Memilih tajuk   : 5 minit

# Merangka karangan : 10 minit

# Menulis karangan : 60 minit

# Menyemak karangan : 10 minit

 

 

MEMAHAMI SOALAN KARANGAN:

1. Kerjasama daripada ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti dapat mengurangkan kes buli yang sering berlaku di sekolah dewasa ini.

Ulaskan pernyataanj di atas.

            Isu   :

            Kehendak Soalan  :

            Format / kata kunci  :

 

2. Sempena sambutan Hari Keluarga di tempat anda, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan satu pertandingan syarahan. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut dan memilih tajuk “Berkongsi Hobi dengan Keluarga Mendatangkan Kebaikan”.

 

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

 

            Isu  :

            Kehendak Soalan  :

            Format / kata kunci  :

3.Pelbagai gejala sosial seperti penagihan  dadah, vandalisme, lumba haram dan sebagainya yang berlaku dalam kalangan remaja membimbangkan pelbagai pihak di negara kita.

Huraikan faktor-faktor yang menjerumuskan remaja dalam kancah gejala sosial tersebut dan saranan-saranan yang boleh diambil untuk membendungnya.

            Isu   :

            Kehendak Soalan  :

            Format / kata kunci  :

 

 

4. Menjalin hubungan baik dengan negara serantau menguntungkan negara kita dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas untuk disiarkan dalam salah sebuah  akhbar arus perdana.

            Isu   :

            Kehendak Soalan  :

            Format / kata kunci  :

 

 

5. Karya sastera merupakan karya yang banyak mengandungi perkara yang boleh dijadikan pedoman hidup.

 

Berdasarkan sebuah karya sastera yang telah anda baca, jelaskan perkara-perkara yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita seharian.

 

            Isu   :

            Kehendak Soalan  :

            Format / kata kunci  :

No comments:

Post a Comment