Wednesday, 7 October 2020

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

 

 

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

 

1. MEMASUKKAN PERIBAHASA DALAM AYAT

 

- Berpegang pada falsafah....

- Mendukung panji..........

- Hal ini telahpun ditekankan dalam peribahasa yang berbunyi........

- Persis kata peribahasa....

- Saya yakin bahawa kita  memahami maksud maksud peribahasa..........

- Kita seharusnya berpegang pada / berpaksikan / berteraskan prinsip .....

- Ibarat kata perbidanan,...

- Semangat...wajar kita tonjolkan,....

- ...begitulah kata-kata ahli falsafah silam.

- Benarlah kata-kata pujangga iaitu…….

- Peribahasa ada mengatakan bahawa ……..

- Kata orang tua-tua………….

- Marilah kita menjadikan prinsip...sebagai  panduan

 

 

2. MEMULAKAN AYAT HURAIAN ISI

- Mengapakah dikatakan  begitu?Hal ini demikian......

- Dakwaan tersebut memang berasaskan kerana......

- Hal ini demikian kerana…..

- Oleh hal yang demikian……

- Sehubungan dengan itu

- Senario ini membolehkan.....

- Dalam konteks tersebut....

- Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Hal  ini demikian, …….

- Asal ditugal adalah benihnya. Secara realitinya………..

 

 

3. MEMASUKKAN CONTOH

- Sebagai analogi,....

- Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian daripada pihak ....

- Secara relatifnya....

- Sebagai tamsilannya....

- Hal ini terbukti apabila....

- Sebagai uswah

- senario ini wajar diambil  contoh dan diaplikasikan

- Tekniknya adalah mudah,....

 

 

4. MEMULAKAN AYAT KESIMPULAN ISI

 

- Memang tidak dapat dinafikan bahawa....

- Sudah terang lagikan bersuluh....

- Izharnya,....

- Secara holistiknya,....

- Jelaslah bahawa…..

- Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa....

LATIHAN KARANGAN RESPONS TERBUKA :

 

 “Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.

 

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan ilmu dalam kehidupan .

 

 

Pendahuluan :

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalan hidup manusia. Dalam zaman ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendlami ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Penjelasan tentang kepentingan ilmu, saya huraikan dalam perengan seterusnya.

 

 

Cadangan Isi:

 

a) Membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.

Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih besar. Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu. Kerjaya proffesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang berilmu.

 

b) Meningkatkan taraf hidup.

Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan. Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf kehidupan dan mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Mereka juga boleh menggunakan ilmu mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga, membuat tuisyen dan sebagainya.

 

c) Boleh berkhidmat untuk  negara.

Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan  negara. mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan sejarah negara dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, masyarakat akan menjadi berjaya membangunkan  negara mereka. Hal ini kerana, semua ajaran agama mengajak manusia melakukan kebaikan.

 

d) Disanjung tinggi oleh masyarakat.

Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana mereka khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Ternyatalah bahawa....

 

e) Ilmu Menjamin kehidupan .

Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka. Dengan ilmu kita boleh memperoleh pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Dengan perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita merancang kehidupan dengan yang lebih sempuran. Malahan kita boleh berbelanja mengikut kehendak kita, kita boleh melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza dengan mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.

 

 

Penutup:

Daripada huraian yang diberikan,  ternyata dan terbuktilah bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Keseimbangan ilmu ini sangat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita berkerjaya dan berkedudukan, akhlak dan rohani kita rosak. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita menguasai ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok dan bertentangan dengan hukum agama.

 

 

 

No comments:

Post a Comment