FAEDAH BERGOTONG ROYONG
MAKLUMAT KARANGAN:
- gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja bersama-sama. /
pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong / lebih suka duduk di dalam
rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain permainan
komputer./ Pada
era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan
kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin
meningkat / bekerja keras siang dan
malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai niali-nilai murni yang pernah
menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu / tidak boleh dipandang enteng kerana masalah
ini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara / pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya,
usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. / Jika
ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk
menghadiri aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong. /
Masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur khususnya
berfikiran lebih terbuka dan bersifat materialistik. / Masyarakat menilai dari
segi penampilan luaran dan mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing /
Seseorang itu dinilai dari segi jenama
pakaian, jenis kereta, jenis rumah, jawatan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh
dalam bidang masing-masing. / masyarakat berlumba-lumba membanting tulang
mengumpul kekuasaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Akibat daripada
budaya pemikiran tersebut, kebanyakan masyarakat yang tinggal di kota raya
mempunyai karier yang sibuk / bukan kaum
lelaki sahaja yang keluar mencari nafkah bahkan kaum wanita turut ikut serta. /
Taraf kaum wanita dikatakan berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan kaum lelaki
dalam alam kerjaya / rutin harian banyak
dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah / Institusi rukun tetangga yang
tidak berfungsi juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan
bergotong-royong. / Apabila zaman telah berubah, kehidupan masyarakat juga
mengalami anjakan paradigm / golongan
muda lebih memandang ganjaran untuk melakukan sesuatu./ Oleh itu, mereka tidak berminat mengendalikan
institusi rukun tetangga yang tidak memberi pulangan hasil. / amalan yang mulia ini harus dipupuk sejak kecil. / Kita tidak dapat menafikan bahawa
banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan
bergotong-royong./ Menyedari hal ini,
kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. /
peranan media massa dan media cetak sangat penting./ menghebahkan kempen melalui televisyen, radio
dan surat khabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara
meluas./ Walaupun kempen seperti
“Cintailah Sungai Kita” dan “Jom Ganyang Aedes” merupakan aspek kesihatan dan
alam sekitar tetapi kempen ini secara tidak langsung menuntut masyarakat untuk
bergotong-royong. / dapat mengeratkan perpaduan / masyarakat yang
berbilang kaum dan latar belakang / memahami dan menghormati adat istiadat kaum
lain tanpa menimbulkan rasa curiga. / Perpaduan antara masyarakat harus kukuh agar negara dapat pergi
lebih jauh dalam lapangan dunia moden. / Lebih rumit, masyarakat di Malaysia
masyarakat yang berbilang kaum./ Maka,
harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum
itu / tidak dinafikan bahawa
gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif./ Melalui semangat
bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun
rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen./ Gotong-royong merapatkan
ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah
malahan di pejabat. / Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam
masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam
era globalisasi ini. / gotong-royong sebenarnya membantu menangani gejala buruk
dalam masyarakat seprti penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi
gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat. / berat sama
dipikul, ringgan sama dijinjing / perbelanjaan akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika
dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong./ jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana
sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan
wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menangung belanja berubat
sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tiidak
sempurna diuruskan itu./ Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga
untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup
bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan. / mewujudkan semangat positif antara ahli
masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan
secara berkesan. / Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa
tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik kerana
semua pihak meghulurkan bantuan./ perkara yang dialami oleh masyarakat dapat
diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja / memberikan satu suntikan
baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan yang
mengalami proses urbanisasi. / Bergotong-royong
juga boleh memperindahkani tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi
bersih. / Dengan amalan kemasyarakatan itu, tempat tinggal kita tidak akan
menjadi sekadar indah khabar dari rupa /. Amalan gotong-royong juga dapat
membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti
Aedes. / mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu
lambang seseorang itu / Kebersihan itu sebahagian daripada iman / kita sepatutnya
menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara. / mempermudah kerja seharian / kerja
yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan / dapat disiapkan dalam
masa yang singkat / dapat memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat berbilang ras dan agama /
dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara,
musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau
aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang / dapat mewujudkan persekitaran
yang bersih dan ceria / kehidupan yang
sihat dan sejahtera / ‘Negara Bersih,
Rakyat Sihat’ / aktiviti gotong-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada
penduduk setempat / hidup aman makmur, saling menghormati dan bekerjsama / Masyarakat pada hari ini bersikap materialistik sehingga
amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong terpinggir . / melentur
buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi
akan datang agar tidak ketandusan nilai ini /
penerapan dalam pendidikan di
sekolah wajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi./
Dalam pendidikan, amalan ini dapat ditanam
melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik kewargenegaraan.
Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan
nilai-nilai murni dan mengaplikasiakan nilai tersebut dalam kehidupan./ Guru memberi pendedahan dan penerangan tentang
nilai-nilai murni tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan
para pelajar dengan amalan nilai-nilai murni./ sekolah juga memain peranan
penting untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong. / Secara tuntasnya,
amalan bergotong-royong ini sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat
sehingga kerajaan mengambil beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali
amalan tersebut. / Jika amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup dalam
keadaan tidak aman dan sengsara. / masyarakat harus bermula dari sekarang untuk
mengubah diri agar amalan ini dipraktikkan / dianggap amalan yang tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas / marilah kita belajar amalan yang baik ini dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian / yang baik dijadikan teladan, yang
buruk dijadikan sempadan
No comments:
Post a Comment