: Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan
oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka untuk ke arah melahirkan
anak-anak sebagai insan berguna tercapai.
Maklumat karangan:
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka
berjaya dalam kehidupa- Tidak ada ibu
bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anak mereka - sanggup berkorban
apa-apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa selamat dan sihat,
serta membesar dalam suasana kondusif - melihat anak-anak mereka membesar
sebagai seorang insan yang berguna dan berjaya dalam pendidikan - insan mulia
yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang
bagai menatang minyak yang penuh - Tiada anugerah yang lebih berharga yang
diberikan oleh ibu bapa kepada anak-naknyanya kecuali tunjuk ajar dan budi
pekerti yang mulia - menjadi nahkhoda rumah tangga - Usaha paling asas yang
wajar dilakukan - mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang. -
anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka- anak-anak berasa diri
mereka diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. - memberikan pujian
kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan
mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang
cemerlang. - menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta motivasi - rajin
dan usaha, tangga kejayaan. - Kajian menunjukkan bahawa anak-anak menjadi
sampah masyarakat kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping
sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan kerjaya mereka sahaja. - ibu
bapa pada zaman mileneum ini menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab
mendidik anak-anak kepada pembantu rumah - anak-anak berasa tersisih dan
diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif - peringkat remaja sering
mengalami sindrom kecelaruan personaliti untuk menempatkan diri
mereka dalam kalangan masyarakat - terjerumus ke dalam kancah
aktiviti remaja yang tidak bermoral kerana apabila nasi telah menjadi bubur
tidak berguna lagi.- menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat,
agama, dan negara jika lahirnya keluarga yang saling berkasih sayang kerana
“Rumahku, Syurgaku”- ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan
anak-anak. - mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai - mengelakkan
pertelingkahan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. - mengucapkan kata-kata
yang lemah-lembut - menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli keluarganya -
kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak yang akan mendedahkan
anak-anak kepada pelbagai bentuk gejala negatif - mencari ketenangan yang
mempunyai kesan negatif - memberikan didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah..-
Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada
anak-anak di samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang betul.-
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan baik
atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan ajaran agama.
- kalau asal benih yang baik, campak ke
laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi
penawar. - Jika ibu bapa mempunyai pegangan dan didikan agama yang
kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu
satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya.
- Dengan kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada
melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya dan sebagainya. Sekiranya, ibu
bapa memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil
lagi sudah pasti kehidupan anak-anak mereka akan sempurna dan mereka akan
menjadi insan yang amat diperlukan dalam kalangan masyarakat. - didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan
impian ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang berguna. - , ibu bapa mestilah
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, - bagaimana acuan begitulah
kuihnya.- Ibu bapa janganlah menjadi
seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Ibu bapa meminta anak-anak
menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan contoh yang baik
kepada anak-anak.- Gaya mendidik
anak-anak seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu “bapa borek anak
rintik” sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan
menjadikan ikutan anak-anak, - anak-anak
biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar
di bawah didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik akan
menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab. - ,ibu bapa haruslah sentiasa
menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dalam
kehidupan sehari-hari. - keperibadian
ibu bapa menjadi penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. - ibu bapa
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak sudah pasti
kehidupan anak-anak akan sentisa sempurna dan dipandang tinggi dalam kalangan
masyarakat setempat. - bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang
lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka.- Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan
ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak
sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. - teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan
anak mereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak
mereka- falsafah “menjaga tepi kain orang lain” dalam
masyarakat adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah
menerimanya secara positif. Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa
perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak mereka
berbuat kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan
yang sama.- Ibu bapa janganlah mudah
melenting apabila terdapat jiran-jiran atau guru-guru memberitahu tentang
perangai anak-anak kita kerana sebagai manusia yang bukan bersifat sempurna,
kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu bapa tidak pernah mengambil tahu
kekurangan dan kelemahan anak-anak kita. - sibuk dengan urusan dan kerjaya masing-masing.
- menganggap setiap kritikan yang diterima sebagai satu teguran yang
membina. - menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka. -
ibu bapa sentiasa sensitif dan peka dengan teguran ahli masyarakat sudah pasti
natijahnya teguran berkenaan sebagai kunci untuk pembentukan sebuah keluarga
cemerlang, gemilang dan terbilang, Peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna” atau “sudah terhantuk baru tengadah” sewajarnya menjadi
panduan kepada ibu bapa.- Sudah terang
lagi bersuluh, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran
daripada orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati
terbuka untuk melahirkan keluarga sakinah, mawadah, wa rahmah. - mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak
sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. - Sikap
prihatin dan ambil berat ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka
diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu bapa, anak-anak akan berusaha
meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum.-
Hubungan ibu bapa dengan guru-guru
sekolah juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak. - ibu bapa perlu
menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin,
guru kelas atau guru mata pelajaran.- Ibu bapa perlu sering berkunjung ke
sekolah untuk mengikuti perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran
dan berbincang dengan guru disiplin sekolah berkaitan akhlak dan sikap
anak-anak di sekolah. - mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta
mengenali rakan-rakan mereka. - bertanya kepada anak sebab-sebab anak-anak
keluar rumah atau pulang lewat. -mengikuti perkembangan pendidikan
anak-anak sama ada aspek kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah anak-anak natijahnya
pembentukan diri anak-anak akan menjurus ke arah kesempurnaan. - memantau
perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang
berguna apabila dewasa kelak. - Berdasarkan perbincangan di
atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk anak-anak menjadi insan
yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa kerana tugasan
berkenaan bukan mudah seperti disangkakan. - dilakukan melalui proses pendidikan sedikit
demi sedikit dan dengan penuh kesabaran- perancangan yang teliti dan sistematik
perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi
insan yang berguna.- Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta mempertahankan maruah
keluarga. - tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka jadi sampah
masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan
kepada masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan maruah
keluarga kita.
No comments:
Post a Comment