Wednesday, 7 October 2020

LATIHAN KARANGAN

 

KEBAIKAN-KEBAIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

Pendahuluan: - Perpustakaan ialah tempat rujukan /  mestilah memanfaatkan perpustakaan / membaca jambatan ilmu / tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf  pengetahuan / suatu unit bersepadu yang berfungsi untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid.


Isi 1: - Pelbagai bahan rujukan untuk menambah ilmu pengetahuan

-membaca pelbagai jenis bahan bacaan / menyediakan pelbagai bahan rujukan / dapat meningkatkan pengetahuan murid/remaja / menduduki peperiksaan utama seperti PMR, SPM, STPM / disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid / Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / bertindak sebagai  gedung ilmu pengetahuan / bahan dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah / memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing / mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran / Suasana di dalam perpustakaan sangat selesa (kondusif) dan tenang


Isi 2:- Kemudahan Internet untuk mengakses maklumat

- mengakses ilmu melalui pelbagai kemudahan elektronik / mengakses bahan-bahan pembelajaran seperti nota, soalan-soalan latihan, soalan ramalan, dan sebagainya /  laman sesawang bercorak akademik ialah tutor.com.my,  skorA.com.my, laman-laman sesawang guru cemerlang, dan sebagainya /  kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya /  mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik /  memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid /  dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah / pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya / sambil menyelam minum air.


Isi 3: -
Tempat mengulang kaji pelajaran

- dapat menggunakan masa secara bermanfaat / Dapat mengelakkan murid terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, terlibat dengan gejala sosial, dadah, berpeleseran, dan sebagainya / Masa itu emas / pembelajaran menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis’ (detail and specialise) / lebih menarik dan bermakna /  menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini / proses pembelajaran akan  berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. / dapat memperkaya pengalaman murid-murid /


Kesimpulan - perlu dimanfaatkan oleh masyarakat / memantapkan pengetahuan / murid yang tidak mengunjungi perpustakaan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan / murid yang berpengetahuan dapat bersaing  / Pembelajaran lebih menyeronokkan murid-murid dengan adanya pelbagai media perangsang /  memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran/ Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh / di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

 

No comments:

Post a Comment