CARA-CARA MEMASUKKAN PERIBAHASA DALAM AYAT
(KARANGAN)
1.
Dalam mengharungi
keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini seseorang itu patut
bekerja di sesuatu tempat dengan penuh dedikasi dan jangan sesuka hati mencari
kerja lain …………………….. batu yang bergolek
tidak akan mengumpulkan lumut.
2. Soon membuat kerja sementara terlebih dahulu sementara menunggu keputusan peperiksaannya…………………….
…………….. berjagung-jagung dahulu sementara
menunggu padi masak.
3. Mahaguru itu
mengajarkan semua ilmu yang dikuasainya kepada para penuntutnya ……………………………….
………………………………………. ada kemenyan sebesar
lutut, tidak dibakar tak akan berbau.
4. Seseorang itu
hendaklah menjaga budi bahasa dan pertuturan tidak kira di mana-mana sahaja
seseorang itu berada……… bahasa jiwa bahasa.
5.
Majikan
yang memecat pemuda itu ………………………. .. kemarau
setahun rosak oleh hujan sepagi kerana kesalahannya yang kecil jika dibandingkan
dengan jasanya selama ini.
6.
Perbuatan
Ali ……...............................melepaskan
anjing tersepit kerana lelaki yang ditolongnya telah mencuri dompetnya
ketika dia mandi.
7.
Mereka
yang ……………………seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing telah mencemarkan sungai.
8.
Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. ………… , kita perlulah berfikir dengan rasional
sebelum mengambil sesuatu tindakan supaya tidak menyesal.
9.
Modus
operandi yang dilaksanakan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
……………………… sekadar melepaskan batuk di
tangga.
10.
Rakyat Malaysia
hendaklah bersatu dalam merealisasikan aspirasi negara ………………………………………… bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
No comments:
Post a Comment