Sunday, 18 October 2020

KARANGAN - MEMBINA PERENGGAN ISI

 

Perenggan Isi:    Kaedah Deduktif

 


ISI POKOK /                       HURAIAN                                      BUKTI /                           KESIMPULAN                  ISI UTAMA           (mengapa / bagaimana / peribahasa)        CONTOH                        KECIL /

 

 

Contoh Perenggan Isi Kaedah Deduktif -  Faedah Program Latihan Khidmat Negara

 

Faedah signifikan sekiranya remaja  menyertai Program Latihan Khidmat Negara selama tiga bulan ialah mereka dapat memperoleh pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain.  [        ] Mengapakah dikatakan begitu? [         ] Hal ini kerana Para remaja yang menyertai program ini sudah tentu akan memperoleh pengalaman  melalui proses bina diri dan bercampur dengan pelbagai  remaja yang berlainan latar belakang.    [         ] Program tiga bulan itu mendedahkan peserta kepada cabaran yang lebih mencabar dengan membawa mereka keluar daripada keadaaan selesa di rumah dan diletakkan di dalam kem yang memerlukan peserta berkongsi kemudahan dan berjauhan daripada  keluarga.  [       ] Latihan itu bertujuan untuk membina kekuatan dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara oleh sebab pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.   [        ] Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengatakan  bahawa Program Latihan Khidmat Negara diwujudkan bagi memastikan generasi muda negara yang akan menjadi pemimpin suatu hari kelak tidak akan  mudah dipengaruhi oleh anasir luar.  [       ] Sudah terang masakan bersuluh lagi , setiap lepasan SPM wajar mengambil kesempatan menimba pengalaman baru sebelum menceburi alam kehidupan yang mencabar dengan mengikuti program ini kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.[          ]

 

 

No comments:

Post a Comment