“Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini
menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan
dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan
ilmu dalam kehidupan .
Pendahuluan :
"Tuntutlah
ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan
Hidup" . Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat
penting dalan hidup manusia. Dalam zaman ini, jika seseorang itu tidak
mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan mengalami kesusahan
dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendlami ilmu, kita perlu berusaha
dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat
tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Penjelasan tentang
kepentingan ilmu, saya huraikan dalam perengan seterusnya.
Cadangan Isi:
a)
Membolehkan
kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.
Dengan
kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan
mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang
lebih besar. Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai
ilmu. Kerjaya proffesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan
mereka yang berilmu.
b)
Meningkatkan
taraf hidup.
Orang
yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga
mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang
lumayan. Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan
dengan membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf
kehidupan dan mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Mereka
juga boleh menggunakan ilmu mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan
seperti berniaga, membuat tuisyen dan sebagainya.
c)
Boleh
berkhidmat untuk negara.
Ilmu
yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan
mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan negara. mereka boleh menyampaikan ceramah yang
boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan sejarah negara dan mendidik
masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila
kesedaran agama itu timbul, masyarakat akan menjadi berjaya membangunkan negara mereka. Hal ini kerana, semua ajaran
agama mengajak manusia melakukan kebaikan.
d)
Disanjung
tinggi oleh masyarakat.
Orang
yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat
menghargai orang yang berilmu kerana mereka khidmat mereka boleh digunakan
untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit,
pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan
ilmu kepada para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang
berilmu kerana mereka telah berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan.
Ternyatalah bahawa....
e)
Tidak
mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kita
sering mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui peraduan
gores dan menang. Mereka dengan mudah memberikan harta sama ada dalam bentuk
barangan atau wang tunai semata-mata tertarik dengan barangan murah atau barang
mudah dapat. Hal ini terjadi kerana, masyarakat yang terpedaya itu tidak
berilmu dan tidak berfikir panjang. Hal ini tidak terjadi kepada masyarakat
yang berilmu.
f)
Ilmu
Menjamin kehidupan .
Orang
yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka. Dengan ilmu kita boleh memperoleh
pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang.
Dengan perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita
merancang kehidupan dengan yang lebih sempuran. Malahan kita boleh berbelanja
mengikut kehendak kita, kita boleh melancong, membeli pakaian dan menyara
kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza dengan mereka yang kurang berilmu dalam
hidup mereka.
Penutup:
Daripada
huraian yang diberikan, ternyata dan
terbuktilah bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin
kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Keseimbangan ilmu ini
sangat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita berkerjaya dan berkedudukan,
akhlak dan rohani kita rosak. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita menguasai
ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak elok dan bertentangan dengan hukum agama.
sangat bermanfaat ! Terima kasih atas ilmu yang diberikan .
ReplyDeleteありがとございます
ReplyDelete