Perenggan
Pengenalan:
Pendapat Tokoh/Umum/Agensi
Definisi
Latar Belakang Isu
KAEDAH 5 + 1
Isu Semasa
Peribahasa
*
Ayat
Kehendak Soalan
Contoh Perenggan Pengenalan Kaedah 5
+ 1 – Langkah
Mewujudkan Semangat Kejiranan
Aforisme jiran sepakat
membawa berkat dengan jelas mengingatkan kita tentang peri pentingnya semangat
kejiranan dalam sesebuah komuniti. [ ] Apakah yang kita fahami dengan
semangat kejiranan? [ ] Semangat kejiranan merupakan amalan bersatu padu yang perlu dipupuk dalam
sesebuah masyarakat melalui amalan bekerjasama, bertimbang rasa, tolong-menolong
dan hormat-menghormati antara jiran tetangga. [ ]. Marcapada, kebanyakan anggota masyarakat terutamanya di
kota metropolitan sudah tidak lagi mementingkan semangat kejiranan. [ ] Mereka
bersikap individualistik dan materialistik yang hidup bagai enau dalam belukar
yang melepaskan pucuk masing-masing. [ ] Fenomena
ini berlaku disebabkan mereka membawa haluan masing-masing. [ ] Menurut kajian yang dilakukan, sebahagian besar
masyarakat kontemporari tidak mengenali jiran di sebelah rumah mereka. [ ] Hakikatnya, beberapa langkah yang
komprehensif perlu diimplementasikan
secara prolifik agar semangat ini tidak lenyap ditelan arus pemodenan. [ ] Namun, persoalan
yang bermain di ruang legar minda kita apakah
langkah-langkahnya? [
]
No comments:
Post a Comment