LATIHAN TATABAHASA:
1. Gabungkan ayat-ayat dalam
petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Pembelajaran
abad ke-21 (PAK21) baru diperkenalkan. PAK21 merupakan satu daripada elemen
penting dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia. PAK21 menekankan
pembelajaran berpaksikan murid. PAK21 berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab
dalam memberikan pendedahan tentang PAK21 kepada warga pendidik. Warga pendidik
lebih bersedia untuk mengaplikasikan konsep ini di dalam bilik darjah.
2. Senaraikan
dan betulkan kesalahan ejaan dan kesalahan
imbuhan.
i. Beberapa orang arkitek termashur telah terlibat
dalam mereka bentuk Istana Negara yang menjadi lambang memegahkan negara.
ii. Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan
infra struktur, pihak berkuasa tempatan telah dalamkan longkang dan membina
tebatan.
iii. Kementerian Kesihatan Malaysia disyorkan
kepada semua pengusaha kefeteria supaya sentiasa menitikberatkan tahap
kebersihan premis masing-masing.
3. Senaraikan
dan betulkan kesalahan istilah dan kesalahan
tatabahasa.
i. Busana tradisional yang ditontonkan di galeri
tersebut mendapat sambutan dari setiap lapisan masyarakat.
ii. Bandar Diraja itu dihiasi lampu neon
bersempena dengan istiadat pelantikan Raja Muda yang akan diadakan di bulan
hadapan.
iii. Lambakan pendatang asing tanpa izin semakin membimbangkan rakyat
kerana mereka membawa berbagai pengaruh negatif yang boleh melunturkan
keharmonian masyarakat.
4. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi
bi bawah.
i. Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko
banjir perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh.
PERIBAHASA: Sediakan ............................................................................................................................
ii. Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara
dengan berpendapatan lumayan masih berhasrat untuk bekerja di negara sendiri.
PERIBAHASA: Hujan emas
.......................................................................................................................
iii. Penceramah itu mengingatkan kami supaya jangan sesekali melupakan jasa
ibu bapa setelah berjaya..
PERIBAHASA: seperti kacang
............................................................/ seperti
ulat .......................................
No comments:
Post a Comment