Baca syair di bawah ini dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri
Syair Bidasari
| RANGKAP | MAKSUD | 
| Dengarkan tuan suatu riwayat | Rangkap 1: Penyair mengajak pembaca mendengar kisah yang ditulis oleh seorang fakir iaitu seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat untuk dijadikan teladan. | 
| Ada raja suatu negeri, | Rangkap 2: Di negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang di negerinya dengan adil. | 
| Hairan orang empunya temasya, | Rangkap 3: Raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman tanpa menghadapi dugaan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang. | 
| Seri sultan raja bestari, | Rangkap 4: Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil. | 
| Beberapa lamanya dalam kerajaan, | Rangkap 5: Setelah memerintah Negeri Kembayat dengan aman damai dan gembira, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda raja telah mangkat. | 
| Datanglah kepada suatu masa, | Rangkap 6: pada suatu hari , Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garoda yang ganas dan kuat yang terbang dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan negeri Kembayat. | 
| Datanglah menyambar suaranya bahana, | Rangkap 7: burung garoda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing. | 
| Baginda pun sedang dihadap orang, | Rangkap 8: Di istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising , baginda yang garang dan tidak prihatin berasa hairan melihatkan situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku. | 
Nilai
1.Nilai tanggungjawab- Raja Negeri Kembayat
yang pertama bertanggungjawab mentadbir urusan negerinya dengan sempurna.
2.Nilai
ketaatan. - Seluruh rakyat Negeri
Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.
3.Nilai
kebijaksanaan- Raja Negeri Kembayat
yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.
4.Nilai
keadilan. - Raja Negeri Kembayat
yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah
kepada dagang senteri.
5.Nilai
kasih sayang- Raja Negeri Kembayat
yang pertama amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya itu
berbadan
SOALAN PEMAHAMAN:
i.          Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.          
[2 markah]
ii.            
Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh
seseorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi?  [KBAT]                                                              [3
markah]
iii.           
Jelaskan dua
nilai yang terkandung dalam syair ini.                                         [3 markah]
 
No comments:
Post a Comment