Wednesday, 7 October 2020

SOALAN KARANGAN FOKUS SPM 2020

 

Permuafakatan dalam masyarakat sering dikaitkan dengan kejayaan. Namun begitu, sikap tersebut semakin terhakis  sejak akhir-akhir ini. Mengapakah hal ini berlaku dan bincangkan cara-cara untuk menyuburkan semangat hidup bermasyarakat itu kembali pada masa kini.

 

                        ……………………………………………. Begitulah bidalan lama yang masih relevan sehingga kini. Jika dihalusi dengan lebih teliti lagi bidalan tersebut amat berkait rapat dengan kejayaan yang dikecapi negara kita memandangkan wujudnya kerjasama rakyat yang sentiasa menyokong usaha pembangunan yang dicanangkan oleh kerajaan.  Malangnya, sejak satu dasawarsa ini, sikap bekerjasama dan tolong-menolong bagai………………………kian pudar. Ada yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia sudah mula memperlihatkan sifat keakuan dan mencuba mengetengahkan konsep individu berdaulat sehingga menyukarkan permuafakatan antara rakyat yang berbilang ras dan etnik umpama ……………………..Ironisnya,…………………………..

…………………………………………………………………………………………….

 

                        Punca yang boleh dianggap……………………….berlakunya kelunturan sikap  suka bermuafakat  dalam kalangan rakyat Malaysia ialah  masyarakat moden yang bertuhankan materialistik. …………………………………….setiap kita perlu bekerja keras dan …………………………….siang dan malam demi mengongkosi kehidupan yang semakin mahal. Jika dahulu hanya  suami atau bapa yang berfungsi sebagai ketua keluarga yang keluar mencari rezeki untuk menyara keluarga tetapi kini tidak lagi. Seisi keluarga terpaksa memperjuangkan nasib sendiri. Keinginan anak-anak memiliki kemudahan dan keselesaan bagi memastikan kepuasan yang optimum dinikmati membuatkan dalam usia yang muda, mereka juga  terpaksa …………………

…………….untuk mencari rezeki. Jika demikian halnya, bagaimana asuhan hidup bermuafakat dalam keluarga hendak disemai? Justeru,………………………………….

…………………………………………………………………………………………………

……………………………………….

 

                        ……………………., penyuburan  sikap mahu bersendirian yang semakin pesat pada era maklumat di hujung jari ini turut menyumbang senario ini berlaku. Hal ini banyak melibatkan masyarakat bandar. Kebanyakan masyarakat yang tinggal di bandar datang dari tempat lain dan kebanyakannya memang sudah ada masalah di tempat asal. Kebanyakan daripada mereka ialah penghijrah yang ingin melindungi rahsia hidup pada masa lampau; ……………………………… Ada juga yang membawa

diri kerana kecewa hidup di tempat asal atau melarikan diri daripada masalah keluarga. Akhirnya, mereka merintis kehidupan baru di tempat baru dengan orang yang baru. Keinginan untuk bermesra dengan jiran-jiran sengaja ‘dimatikan’ sejak awal-awal lagi kerana enggan identiti diketahui orang lain. Mereka juga sengaja mengamalkan cara hidup ‘gua, gua dan lu, lu’. Oleh itu,…………………………………

……………………………………………………………………………………….

 

                        …………………………ada kaitannya dengan konsep individu  berdaulat yang menjadi pegangaan sesetengan golongan masyarakat. Konsep ini ada kaitannya dengan sikap individualistik yang berteraskan……………………………………………..

……………………………. Sikap ini wujud dalam kalangan mereka yang merasakan diri  mereka ialah ‘raja’ manakala orang lai pula sebagai ‘hamba’. Golongan ini  yang berpendapat hanya diri mereka yang terpenting dan dipentingkan  menyebabkan mereka mementingkan diri sendiri sahaja. Kononnya …………………………………….

…………………………………….. Biasanya golongan ini mempunyai taraf kehidupan yang lebih baik daripada orang lain. Mereka merasakan cara hidup berlandaskan ………………………………itu tidak penting. Dengan itu,………………………………

………………………………………………………..

 

                        ……………………………………………………………. Justeru, beberapa prakarsa yang dianggap ………………….dan………………….hendaklah dipraktikkan demi menyuburkan kembali  hidup bermuafakat.  Usaha yang paling …………………..

adalah melalui pendidikan hidup bermuafakat yang perlu dimulakan dari rumah lagi. Ibu bapa mesti mengajar anak-anak tentang sikap tersebut sejak kecil lagi kerana…………………………………………………………….. Mereka boleh menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari secara tidak langsung seperti melalui agihan tugas dalam melakukan  kerja-kerja rumah seperti  membersihkan rumah, mengemas, membantu menjaga adik, memasak dan sebagainya. Meskipun ibu bapa mampu mengupah pembantu rumah namun rutin begitu patut didedahkan kepada anak-anak agar mereka biasa dengan   peranan ahli keluarga. Sesunguhnya,…………

………………………………………………………..agar  tidak dikatakan………………

……………………………………………………………………..

 

                        ………………………., amalan baik yang menggemblengkan semua anggota masyarakat bagai……………………….. seperti yang yang dilakukan pada masa dahulu mesti dihidupkan semula. Program menghidupkan amalan bergotrong-royong, pakatan dan sebagainya hendaklah diperkasakan melalui aktiviti  yang melibatkan pemimpin negara agar rakyat dapat melihat …………………………………………………. Penganjuran program-program berkenaan hendaklah mengambil kira semua anggota komuniti. Semua anggota masyarakat mestilah digerakkan dan dimanfaatkan  sepenuhnya bak kata perbilangan dahulu:            “yang capik menghalau ayam,

                        Yang buta menghembus lesung,

                        Yang katik memetik lada,

                        Yang tinggi memetik betik,

                        Yang gemuk mengimbang perahu,

                        Yang kurus menjaga lauk

 

Lantaran itu, ………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………….

…………………………………..

 

            ……………………,  manusia merupakan  makhluk yang paling mudah diajar kerana Tuhan menciptakan akal pada mereka.  ……………….., demi kebaikan bersama manusia mesti mencari kata muafakat untuk menjayakan atau melaksanakan sesuatu kerana …………………………………………………..Sekiranya kita asyik mencari perbezaan  dan bukannya  persamaan maka  kita semua akan ketinggalan dalam banyak aspek.  Biarpun manusia berbeza warna kulit dan lainnya, itu bukan penghalang untuk kita bermuafakat terutamanya dalam mencari kebaikan demi kesejahteraan hidup di dunia yang sementara ini kerana ………………………………

 

 

No comments:

Post a Comment