LATIHAN PERIBAHASA
A - Nyatakan peribahasa
yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis
peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i)
Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan
diri.
_____________________________________________________________________
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
______________________________________________________________________
(iv) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
_______________________________________________________________________
(v) Pergaduhan yang tidak
menguntungkan sesiapa.
________________________________________________________________________
(vi) Keadaan hidup seseorang
yang sangat daif.
_____________________________________________________________________________
LATIHAN PERIBAHASA B - Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian
kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza
yang terdapat dalam petikan tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia
belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau
dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas
cemerlang.
_______________________________________________________________________
(ii)
Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki
yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
_______________________________________________________________________
(iii) Ismail mendapat khabar
bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir
panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya
kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang
sedia ada.
________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment