Perenggan Penutup : Kaedah 1 + 4
Kesimpulan
Pendirian PENUTUP Harapan
Peribahasa Ungkapan
Contoh Perenggan Penutup
Kaedah 1 + 4 - Faktor-faktor Remaja Cenderung Mengunjungi Kafe Siber
Secara
holistiknya, kafe siber yang pesat didirikan sememangnya mendatangkan
maslahat kepada golongan remaja jika
mereka menggunakannya secara proaktif. [
] Walau bagaimanapun, tidak dapat
dipertikaikan bahawa buruk padahnya jika disalahgunakan oleh mereka untuk
tujuan yang negatif tanpa menyedari rosak bawang kerana jambaknya. [ ] Dengan itu, semua pihak harus
berganding bahu mengaplikasikan dan mengimplementasikan segala prakarsa yang
dirancang dengan komprehensif serta kompeten supaya tidak menjadi layang-layang
melawan angin dan mencurah air di daun keladi. [ ] Sekiranya kita berpaksikan
prinsip telur dalam sangkak, pecah sebiji pecah semua, nescaya remaja yang
luhur dan kamil dapat dilahirkan untuk
membangunkan ibu pertiwi. [ ]
Janganlah diabaikan nasihat Ficosof Tao iaitu jikalau kamu mahu hidup
setahun, tanamlah gandum, jikalau kamu mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok,
dan jikalau kamu mahu hidup selama-lamanya, tanamlah jiwa manusia. [ ]
No comments:
Post a Comment