NOVEL KEMBARA AMIRA (Amer
Hamzah L.Kadir)
Watak utama novel ialah Amira Amir, anak
pasangan Pofesor Zaidah, seorang pensyarah arkeologi dengan Amir, seorang
jurutera komputer sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Eropah.
Amira diperkenalkan dalam perjalanan sebuah kereta api. Amira menyertai ibunya,
serta pelajar tahun akhir universiti yang hendak membuat penyelidikan arkeologi
di belantara Titiwangsa.
Antara watak sampingan terawal yang ditonjolkan ialah Jacinta (JC), seorang gadis Cina yang menjadi teman rapatnya. Kemudian barulah watak-watak lain diperkenalkan satu demi satu seperti Pak Lias, Roslan dan John O'Hara. Penggunaan komputer riba, e-mel, hotspot dan mobile disk menunjukkan latar masa alaf tiga (novel terbit pada tahun 2006), berbeza dengan Azfa Hanani yang memaparkan era 1980-an.
Sudut pandangan orang ketiga yang digunakan menjadikan Kembara Amira sama dengan gaya penceritaan Azfa Hanani. Teknik imbas kembali, monolog dan dialog juga menjadi pilihan pengarang. Latar belakang pengajian sejarah yang dilalui pengarang nampaknya turut mempengaruhi fakta dalam penceritaan.
Sinopsis Keseluruhan
Cerita:
Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama
dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus
yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga
seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti
sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia
zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu
seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang
mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung
Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang anak orang Asli yang
tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja
lapangan di Desa Karpus itu.
Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari
gali artifak, satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas
di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah sebuah
syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian
untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula
diberikan tugas untuk memasukkan laporan kajian itu ke dalam komputer dan
Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Chin dan
Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.
Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah
mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras.
Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di kawasan
air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telah
diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah
diselamatkan oleh Tau dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang
dihanyutkan oleh air sungai.
Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah
menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang
tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai
pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna
bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga
menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau.
Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah
dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam,
tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di
kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah
mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta
pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu. Perkara itu
berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan
hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua
kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor
Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan
menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun
kayu, herba dan buluh.
Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula
telah mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya
terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang
hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah.
Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu
tebal. Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua
di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan
kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula
menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari
Malique.
Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua
Gajah dan Amira terjumpamobile
disk kepunyaan
Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari
Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari
kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile
disk itu memang milik
Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di kawasan
hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di
kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain
Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut
bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang sama,
O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke
tempat tersebut untuk menyertai gerakan itu.
Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat
oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak
kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba
bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa
Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya
dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima
keadaan itu dengan rasional.
Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan
pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique
sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau
ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat
bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah
meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia
tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan
untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai,
Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu
dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya
itu.
Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.
Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira
WATAK UTAMA :AMIRA
|
Pelajar sekolah swasta.
|
Anak Profesor Zaidah.
|
Ayahnya bekerja sebagai
jurutera IT.
|
Seorang yang berani. - Amira
berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
|
Seorang yang penyayang. -
Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan
diri kerana sesat di hutan.
|
Seorang yang mudah mesra. - Amira
cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
|
Seorang yang penyabar. - Amira
sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran
yang tinggi.
|
|
|
WATAK SAMPINGAN
|
|
JACINTA
|
Berkulit cerah.
|
Berbangsa Cina.
|
Rakan sebilik Amira di sekolah
swasta.
|
Anak seorang jutawan.
|
Telah kematian ibunya empat
tahun lalu.
|
Seorang yang memendam rasa. - Jacinta
tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta
tidak cuba untuk berterus terang.
|
Seorang yang sensitif. - Jacinta
cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
|
Seorang sahabat yang setia. - Jacinta
sentiasa bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.
|
|
ITAI
|
Berkulit gelap.
|
Berbadan tegap.
|
Anak orang asli yang
bersekolah di bandar.
|
Anak kepada Tau.
|
Bakal ketua kampung.
|
Seorang yang tahu selok belok
hutan. - setelah belajar daripada Tau,
akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai contoh, dia berjaya
menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
|
Seorang yang prihatin.- apabila mengetahui Jacinta mahu memiliki
batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta dengan mendapatkan
emas untuk dijadikan loket.
|
Seorang yang berani. - Itai
berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua
masyarakat orang asli.
|
Seorang yang mempunyai keistimewaan
deria keenam. - Itai dianugerahkan kelebihan deria keenam iaitu dapat
mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh
menghidu bau yang dibawa oleh angin.
|
|
PROFESOR ZAIDAH
|
Wanita pertengahan usia
|
Ibu kepada Amira
|
Pensyarah universiti
|
Meminati bidang arkeologi
|
Seorang yang penyayang - sebagai
ibu Prof. Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana
Jacinta tidak sedarkan diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh
arus.
|
Seorang yang tegas. - sebagai
pengarah projek di Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada
setiap gerak kerja yang akan dilakukan.
|
Seorang yang tidak mudah
berputus asa.- Walaupun Prof Zaidah
dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya pernah
disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan projek
cari gali tersebut.
|
|
TAU
|
Seorang yang tinggi lampai.
|
Berbadan tegap.
|
Bapa kepada Malique dan Itai.
|
Bekas suami kepada Ipah
(Jennifer).
|
Adik kepada Ludin.
|
Seorang yang bersifat
prejudis. - Tau tidak menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat
Raya walaupun tanpa mengetahui tujuan mereka.
|
Seorang yang sanggup
berkorban. - Tau sanggup menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan
Ipah agar abangnya dapat menjadi ketua kampung.
|
Seorang yang prihatin. - pada
setiap malam, Tau sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan
pelajar-pelajar Prof Zaidah tanpa pengetahuan mereka.
|
|
MALIQUE (SABI)
|
Berkulit gelap.
|
Berambut kasar.
|
Anak Tau dengan Ipah.
|
Abang kepada Itai.
|
Seorang yang mahir dalam
bidang IT. - O’hara menyuruh Malique
menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
|
Seorang yang mencintai alam
sekitar. - Malique sanggup mencipta
virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan
projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
|
Seorang yang bersopan-santun.
- semasa melawat Amira di Desa Karpus,
sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof. Zaidah.
|
LATAR MASA
|
LATAR TEMPAT
|
PERISTIWA
|
Malam
|
Di dalam Kereta api
|
Amira dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke
Bukit Mat Raya yang terletak di banjaran Titiwangsa
|
Pagi
|
Stesen Kereta api Dahan Hijau
|
Amira dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke
Bukit Mat Raya
|
Tengah hari
|
Sungai Bukit Mat Raya
|
Amira berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai
makanan tengah hari Amira yang baharu diselamatkan daripada mati lemas.
|
Petang
|
Perkampungan orang Asli Bukit Mat Raya
|
Amira melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari
kerana melanggar peraturan orang Asli
|
|
Gunung Gua Gajah
|
Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai Dr.
Zawawi mengikut Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah
antaranya lukisan di dinding gua.
|
LATAR MASYARAKAT
|
PERISTIWA
|
|
Masyarakat yang mencintai alam semula jadi
|
Ludin, Tau, Itai, Malique,
Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai hutan dan keindahan alam
semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan pekerja cari gali emas
kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan kawasan hutan
|
|
Masyarakat yang saling membantu
|
Itai dan Tau menyelamatkan
Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu mencari Jacinta yang sesat
di dalam hutan.
|
|
Masyarakat yang mencintai ilmu
|
Itai yang pernah menang dalam
Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan rawatan berasaskan herba, masih
berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia menanya Amira dan Jacinta
tentang laman web yang memberikan maklumat rawatan berasaskan herba.
|
|
Masyarakat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi
|
Amira mengendalikan laman web
ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan
kajian arkeologi.
|
|
Masyarakat
yang mementingkan persahabatan -
|
Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan
serta saling menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam sebarang perkara.
Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta
walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri.
|
|
Masyarakat
yang gigih berusaha
|
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk
mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.
|
|
Masyarakat
yang ikhlas
|
Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah
diabaikannya. Amira pula memberikan ketulan emas itu kepada Ludin setelah
diminta oleh Ludin kerana dia ikhlas dan tiada tujuan lain, selain hendak
memberikan ketulan emas tersebut kepada Jacinta sebagai hadiah.
|
|
Masyarakat
yang mahir dalam perubatan tradisional
|
Ludin berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya
hingga sembuh dengan menggunakan perubatan tradisional iaitu daripada buluh,
daun kayu dan ramuan daripada akar kayu.
|
|
Masyarakat
yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan
|
Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan -
Profesor Zaidah mengakui kesilapannya yang mengutamakan kerjanya dan
mengabaikan Amira terutamanya selepas dia hampir mati lemas di sungai.
|
NILAI
|
PERISTIWA
|
|
Kecekalan
|
Walaupun pergelangan tangannya terseliuh selepas
terlibat dalam suatu kemalngan, Profesor Zaidah tetap meneruskan usahanya
mencari gali bahan arkeologi.
|
|
Bantu-membantu
|
Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika
mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai.
|
|
Kasih sayang
|
Jidin membesarkan Samantha atau Ipah dengan penuh kasih
saying walaupun kaumnya tidak menerima Samantha kerana berlainan rupa denga
orang asli.
|
|
Setia kawan
|
Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan
ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan
di asrama.
|
|
Belas kasihan
|
Ludin amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri
daripada kaumnya kerana kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya
tanpa sebab.
|
|
PENGAJARAN
PERISTIWA
|
||
Kita hendaklah mengisi
masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah
|
Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan
melibatkan diri dalam kerja-kerja arkeologi di Bukit Mat Raya.
|
|
Kita perlu
menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah
|
Ludin membantu merawat pergelangan tangan Profesor
Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan kaedah rawatan herba.
|
|
Kita perlu mengamalkan
kerja secara berpasukan untuk memastikan usaha kita membuahkan hasil
|
Amira, Jacinta, dan Itai sering melakukan pekerjaan
secara berkumpulan seperti membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang.
|
|
Kita harus berani
bertindak untuk menyelamatkan nyawa
|
Pak Lias berani berdepan dengan makhluk berbulu tebal
yang cuba menyerangnya demi menyelamatkan nywa Amira, Itai, Roslan dan
Malique.
|
|
Janganlah kita lupa
asal usul kita
|
Itai yang kini melanjutkan pelajarannya dalam bidang
perubatan tidak lupa aka nasal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di
perkampungan suku Orang asli Semai.
|
|
PERSOALAN
|
PERISTIWA
|
Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya
|
Tau akhirnya bertemu dengan
anaknya Sabi yang telah dilarikan isterinya Ipah. Tau dapat mengenali Sabi
meskipun anaknya itu sudah besar dan ditukarkan nama kepada Malique.
|
Persahabatan erat antara dua insane berlainan
bangsa
|
Amira dan Jacinta berkawan
baik bukan sekadar semasa di sekolah sahaja. Jacinta sering mengikuti ke
mana-mana sahaja Amira pergi. Selain itu, banyak rahsia hidup Jacinta
diketahui Amira.
|
Semangat kerjasama dalam melakukan sebarang
pekerjaan
|
Pelajar Profesor Zaidah saling
bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja arkeologi dan berusaha dengan
bersungguh-sungguh agar projek
cari gali mereka berjalan lancar.
|
Kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk
terhadap kehidupan manusia
|
Kemalangan yang menimpa Pak
Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka
dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Hal ini membuktikan bahawa
kemusnahan alam sekitar member kesan buruk kepada kehidupan kita.
|
Hutan menyimpan pelbagai khazanah yang berharga
|
Pergelangan tangan Profesor
Zaidah yang terseliuh disembuhkan dengan menggunakan daun-daun herba yang
diambil dari hutan oleh Ludin.
|
Sikap tamak manusia yang mementingkan keuntungan
berbanding kesejahteraan alam sekitar
|
Tindakan John O’Hara yang
berusaha mencari gali emas akan menyebabkan kawasan hutan musnah .
|
UNSUR
|
CONTOH
|
Simile
|
Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar
kelajuan Itai melangkah.
|
Personifikasi
|
menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan
tersedar dari tidurnya.
|
Hiperbola
|
“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku
kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang
yang menguasai kulit itu”
|
|
“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku
kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang
yang menguasai kulit itu”
|
Sinkope
|
“Oi... kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk
menarik perhatian Jacinta
|
Inversi
|
di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri
apa yang saya maksudkan.
|
Peribahasa
|
Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita
|
No comments:
Post a Comment