Pages

Enjin Carian

Thursday, 8 August 2013

Sajak Tingkatan 5


SAJAK

Sajak

Tema
Persoalan
Nilai
Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju)
-Penyajak menyampaikan mesej  tentang isu bahasa Melayu dan  mengajak pembaca menghayati dan mencintai bahasa kebangsaan  serta menyeru pembaca agar sama-sama berusaha  memartabatkannya ke mata dunia
·         Kedaulatan bahasa Melayu yang tinggi martabatnya wajar dipetahankan

·         Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
·         Kecekalan hati pejuang bahasa dalam mengembangkan bahasa Melayu
·         Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
      bahasa perpaduan dan   penyatuan masyarakat
·         Penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu

·         Berani
·         Ikhlas
·         Berhemah tinggi
·         Memelihara maruah bahasa
·         Cinta akan bahasa kebangsaan
·         Tanggungja-wab
·         kesyukuran
Kecek – (V)
(Awang Abdullah)
-Penyajak  secara sinis menegur sikap orang berada yang tidak jujur dalam mengumpul harta untuk diri dan keluarganya.  Mereka sanggup melihat orang lain hidup susah asalkan mereka hidup senang.  Penyajak  ingin mengingatkan pembaca bahawa apa-apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini, semuanya tidak terlepas daripada pengetahuan Tuhan.  Perbuatan yang baik pasti mendapat balasan yang baik, sementara perbuatan  yang jahat pasti akan menerima balasan yang setimpal

·         Sifat manusia yang berbeza dalam melakukan sesuatu akan mempengaruhi kehidupan seseorang
·         Ketamakan harta dan wang ringgit sehingga
       sanggup menipu orang lain
·         Kesenangan hidup yang diperoleh daripada
sumber rezeki yang tidak berkat
·         Kehidupan hidup yang dilalui dengan tabah
·         Kegigihan mencari rezeki yang halal
·         Setiap perbuatan akan menerima pembalasan daripada Tuhan
·         Kejujuran
·         Ketabahan
·         Kegigihan
·         Keadilan

Bangkitlah
(Rejab F.I.)
-Penyajak menyeru anak-anak muda untuk bangkit dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.  Bumi yang kaya dan subur ini disarankan oleh penyajak  untuk diusahakan demi kepentingan masyarakat  kini dan generasi akan datang
·         Cinta akan negara (patriotisme)
·         Sikap malas yang perlu dikikis
·         Penyesalan akibat berssikap malas
·         Memulakan langkah untuk merebut peluang
yang ada sebelum terlambat
·         Anjakan paradigma
·         Sifat manusia yang tidak terlepas daripada
       kesilapan
·         Kejahilan akan menjauhi seseorang daripada
      cahaya keimanan
·         Bertaubat dan kembali kepada suruhan Tuhan
·         Berani
·         Insaf
·         Jujur
·         Cinta akan negara
·         Kerajinan
·         Kesyukuran


Pasar Perasaan
(T. Alias Talib)
-Pembaca dihidangkan dengan kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung.  Penyajak secara sinis telah menegur sikap masyarakat ini yang menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal fikiran.
·         Kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang menyuarakan pendapat tanpa menggunakan akal di warung-warung
·         Pengunjung warung yang penuh dengan
      pelbagai sifat manusia
·         Sikap emosional ketika berhujah
·         Kepelbagaian isu semasa diperkatakan oleh pengunjung warung
·         Perbincangan yang berasaskan fikiran dan
      pendapat yang dangkal
·         Sabar
·         Tabah
·         Berfikir rasional
·         Berhati-hati
·         Kebijaksana-an

Di Bawah Langit yang Sama
(Lim Swee Tin)
-Penyajak mengingatkan kita tentang  manusia semuanya tetap sama walaupun di mana-mana sahaja kita berada
·         Bertemakan  kemanusiaan sejagat  kerana manusia yang ada di muka bumi ini adalah sama kerana semuanya berada di bawah langit yang sama
·         Tanggungjawab setiap manusia untuk mewujudkan keamanan dunia
·         Halangan ketika menjalin hubungan baik antara masyarakat dunia
·         Perkongsian sumber alam secara adil dan
      saksama


·         Kasih sayang
·         Perpaduan
·         muafakat
·          Hormat-menghormati
·         Berpandang-an positif


Arkitek Kota
(Muhammad Haji Salleh)
-Penyajak mengajak pembaca untuk mendalami kerjaya sebagai seorang perancang  bandar atau Arkitek Kota.  Beliau menekankan peri pentingnya peranan perancang  bandar dalam melaksanakan pelan pembangunan di sesebuah bandar, iaitu dengan tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar.  Penyair menjelaskan perlunya ada keselarasan dan keseimbangan antara pembangunan kota dengan penjagaan alam sekitar.  Keseluruhan sajak ini mendidik kita agar menjaga dan menghargai alam sekitar
·         Keseimbangan dan keselarasan dalam pembangunan bandar bagi memastikan alam sekitar terpelihara dan bandar menjadi sempurna
·         Ciri-ciri seorang perancang bandar yang baik
·         Kepekaan perancang bandar terhadap keindahan alam semula jadi
·         Pengaruh perancang bandar dalam mewujudkan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup manusia
·         Berfikiran terbuka
·         Cinta akan alam semula jadi
·         Berhemah
·         Bijaksana
·         Berhati-hati
·         Rajin
·         Berani
·         Yakin diri
·         Bersatu padu


No comments:

Post a Comment