Sunday, 11 August 2013

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU


Sajak DIRGAHAYU BAHASAKU

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah
Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budi, patuh dan setia.


Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh
Bahasa Melayu merupakam maruaah bangsa Malaysia yang mesti dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa Melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih bijaksana dan sejahtera


Cekal dan waja semangat pejuangmu
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi
Pejuang bahasa mempunyai semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh dunia


Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalinkan persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam
Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa Melayu. Mereka berjaya menjalinkan hubungan dengan Negara-negara di seluruh kepulauan nusantara. Bahasa Melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada masa itu.


Dirhagahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru
Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bahasa Melayu berupaya untuk terus berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baru.


Tema

Sajak tersebut bertemakan ............................................ Hal ini demikian kerana ........................... mengingatkan kita agar ................................... Tambahan pula, kita mestilah ...................................................................... ( Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.)


Persoalan

Salah satu persoalan yang terkandung dalam sajak tersebut adalah tentang ................................................... Persoalan tersebut dapat dibuktikan apabila penyajak mengatakan ................................................................  Selain itu, persoalan tentang ................................................ turut dipaparkan dalam sajak tersebut. Hal ini demikian kerana penyajak .................................................................. Persoalan tentang ............................................. juga ditampilkan oleh penyajak apabila beliau mengatakan .............................................. ........................
.( Sayang akan bahasa kebangsaan / menghargai sumbangan bahasa kebangsaan / hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu / keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan)

Nilai

Nilai yang terkandung dalam sajak tersebut ialah nilai berani. Nilai tersebut dapat dibuktikan apabila penyajak mengatakan .................................................................  Selain itu, nilai ...................... turut ditampilkan oleh penyajak, misalnya penyajak ........................................................................................................................... Nilai ..................... juga turut terkandung dalam sajak tersebut.  Nilai tersebut tergambar apabila penyajak ...............................................................................................
( patriotik - rakyat mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. /  perpaduan - semua kaum di negara kita menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu / Kesyukuran - rakyat bersyukur kerana bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh nusantara. / Bertanggungjawab - rakyat bertanggungjawab menjaga dan memastikan bahawa bahasa Melayu tidak dicemari oleh bahasa asing)

Gaya Bahasa

Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalan sajak tersebut termasuklah ................................. iaitu ..............................., contohnya .................................................. Selain itu, unsur sinkof turut digunakan oleh penyajak melalui kata-kata ........................... seperti ............................................ Unsur ................................................... iaitu.......................................... juga turut digunakan dalam sajak.  Hal ini terbukti melalui baris .......................
 ( Sinkof  tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu,    bahasamu, tak / Metafora lautan bijaksana / Personifikasi Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan - bahasaku mencengkam / Inversi – gagah pelautku membelah lautan - di arena antarabangsa suaramu tumbuh / Anafora hak bangsaku memilikimu  hak bangsaku mendaulatkanmu / Repitisi ke barat dan ke timur  ke utara dan ke selatan}

Pengajaran

Pengajaran yang dapat diambil daripada sajak tersebut ialah kita mestilah ....................................... Pengajaran tersebut  terbukti apabila penyajak menyatakan ..........................................................................  Selain itu, kita haruslah  ............................................. Hal ini demikian, ..................................................... Kita juga .............................................................................. Sebagai contoh, ................................
 ( Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri. / Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan. / Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. / Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum. / Kita hendaklah bersyukur kerana bahasa Melayu diwarisi sejak turun-temurun.)

SOALAN  PEMAHAMAN:
1. Apakah yang dimaksudkan penyajak dengan:
            hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi                                                                   [2 markah]

Jawapan:  ..................................... tersebut bermaksud warganegara Malaysia berhak meningkatkan martabat bahasa Melayu di negara ini agar bahasa Melayu mampu...........................................................

2. Pada pendapat anda, apakah keistimewaan bahasa Melayu?                   [4 markah]

Jawapan:  ......................................................., antara keistimewaannya  termasuklah bahasa Melayu merupakan bahasa ..............................................dan bahasa....................................... negara kita. ................ , bahasa Melayu berperanan sebagai lambang ........................................... rakyat berbilang bangsa di negara kita. Bahasa Melayu ...................... mudah dipelajari dan................................ Keistimewaan..................... termasuklah bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu yang dapat digunakan untuk memajukan ....................... dan.................


No comments:

Post a Comment