Pages

Enjin Carian

Saturday, 17 August 2013

FOKUS PERCUBAAN :KOMSAS - PAHLAWAN BUNTUNG


Cerpen Pahlawan Buntung ( S. Othman Kelantan )

Sinopsis: Pertemuan semula Khalid (aku ) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pak Amat.
Watak dan Perwatakan

Watak Utama: Pak Hussain - berusia 60 tahun / dahinya berparut dan kakinya kudung ( terkena serpihan bom ) / berpakaian sederhana ( keperibadian desa - suci murni ) / mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun - Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampun Pulau Pak Amat. / berpengalaman dan pernah disiksa oleh tentera Jepun / Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau-racau. / berjasa kepada orang kampung - Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak Jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak Hussain juga pernah membedil kawasan perompak bagi menyelamatkan orang kampung.
Watak Sampingan
1. Khalid ( aku )  - Anak Pak Hasan / menghormati Pak Hussain - Khalid begitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampung.
2. Fatimah - ibu Khalid / seorang yang penyayang - Semua anak Fatimah memeluknya kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.
PERSOALAN
Persoalan tentang kesengsaraan hidup  kesan daripada peperangan
Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung Pulau Pak Amat. / Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua.
 Persoalan tentang kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain
Pak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai dan mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun / Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.
Persoalan tentang kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah
Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung.Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka. / Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali.
Persoalan tentang semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.
Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun. / Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat. / Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.
NILAI  & PENGAJARAN
1. Penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu zaman pendudukan Jepun pada tahun 1940-an
NILAI : Nilai Ketabahan
PENGAJARAN : Kita seharusnya tabah menghadapi dugaan dan kesulitan hidup dengan menganggapnya sebagai ujian daripada Tuhan

2. Pak Husain  berani membedil segerombolan perompak yang masih berada di dalam perahu ketika mereka baru sahaja mendarat di Kampung Pulau Pak Amat
NILAI : Nilai keberanian
PENGAJARAN : kita hendaklah berani bertindak dengan rasional  bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

3. Pak Husain  sanggup menggunakan tongkat kayu  untuk pergi menghadiri majlis sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota  kerana semangat cinta akan negara yang menebal dalam dirinya
NILAI :Nilai patriotisme
PENGAJARAN : Sebagai warganegara Malaysia, kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara yang menebal dalam diri

4. Kampung Pulau Pak Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan tentera Jepun
NILAI : Nilai bekerjasama
PENGAJARAN :

5. Pak Husain sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan penduduk kampungnya daripada menjadi mangsa  kekejaman tentera Jepun dan  ancaman perompak.
NILAI : Nilai pengorbanan
PENGAJARAN :

SOALAN PEMAHAMAN: Baca petikan di bawah dan jawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
            Hari semakin terang. Perbauran rentetan senapang dengan ledakan bom mortar  dan jerit pekik penghuni kampung Pulau Pak Amat, sudah merasuk dan menghantu. Di sana sini sudah kelihatan orang berlari. Pancaran kemerah-merahan dari sebelah timur telah menjelaskan kejadian yang mengagumkan itu. Di bibir pantai, kira-kira seratus atau dua ratus ela dari rumahku. Ya Tuhan! Kulihat barisan dan lembaga-lembaga itu bergerak dengan cepat. Semuanya menuju ke benteng di kuala. Tidak dapat kubilang. Tidak dapat. Lembaga-lembaga itu terus mendarat dari sampan-sampan yang masih bertaburan di dalam laut (kemudian baru kutahu sampan-sampan itu ialah sampan getah yang sangat banyak).
            Dalam kebingungan yang sudah menguasai kampung kami dengan tiba-tiba itu, aku masih berceratuk bersama-sama keluargaku. Kertika ayahku termangu-mangu, kami sempat melihat satu lembaga berlari pantas dan menuju kepada kedudukan kami

i.                      Gambarkan keadaan kampung Pulau Pak Amat ketika diserang musuh. [2 markah]-gegak-gempita bunyi tembakan senapang dan ledakan bom mortar / hingar-bingar dengan jerit pekik penduduk / penduduk berlari ke sana ke sini
ii.                  pada pendapat anda, apakah kesan-kesan peperangan kepada masyarakat? [3 markah] – masyarakat ketakutan / mengorbankan nyawa manusia / kehilangan tempat tinggal dan harta benda

iii.              Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah] – Persoalan tentang kesan peperangan terhadap masyarakat- penduduk kampung Pulau Pak Amat ketakutan dan meninggalkan rumah masing-0masing untuk menyelamatkan diri daripada tembakan senapang dan bom /  persoalan tentang ketabahan menghadapi dugaan hidup – Pak Husain tabah menerima keadaan kakinya yang kudung akibat terpijak bom lama

No comments:

Post a Comment