Penggunaan Penanda Wacana / Ungkapan Menarik Dalam
Penulisan Karangan
Perenggan Pendahuluan: Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang isu..... / Menginsafi tuntutan untuk memikul
tanggungjawab bersama-sama, maka... / Pernahkah terlintas dalam gawang
minda kita bahawa.... / Senario
ini perlu ditangani sebelum menjadi
barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ......
Perenggan Isi – Punca /
Sebab: Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca
yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. / Benarlah kata orang, bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. / Sesuatu
yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata. Tambahan pula, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Perenggan Isi – Langkah /
Usaha: Usaha pasti akan membuahkan hasil
seandainya pelbagai langkah yang efektif
dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama
di negara kita ini. / Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara
mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini
dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik
ditarik dengan muafakat. / Perkara yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari
perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini. / Usaha-usaha yang istiqamah,
proaktif, pragmatik dan jitu memerlukan obligasi selain komitmen yang tinggi
daripada semua pihak serta mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan
yang beribu-ribu batu mestilah bermula daripada langkah yang pertama.
Perenggan Isi – Isu
tentang Remaja: Berpeganglah pada
kata-kata keramat ini; “pemuda mestilah
bercita-cita besar, meningkat lebih tinggi daripada gunung Singgalang, lebih
tinggi daripada gunung Merapi, yang lebih tinggi daripada gunung Tandikit,
bahkan harus lebih tinggi daripada bintang di langit, cubalah capai dengan
segenap tenagamu.”. / Remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah
setampuk pinang yang belum keras ubun-ubunnya dan masih hijau masih tidak dapat
membezakan yang mana intan, yang mana kaca atau batu kelikir. / Alim ulamak pernah mengatakan bahawa
anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk merupakan
`anak yatim.` / Seorang tokoh cendekiawan pernah berkata bahawa petanda runtuhnya
sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai budaya
hedonisme. / Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat
yang dilontarkan ini; “berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan
gegarkan dunia.” / Janganlah diabaikan pesanan ahli
falsafah Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu
hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya
tanamlah jiwa manusia. / Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara,
negara akan kehilangan aset yang paling berharga. / Falsafah pemikiran Imam
al-Ghazali ada menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti
berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain. / pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara
Perenggan Isi – Isu
tentang Keluarga: Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah
yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya.
/ Didikan agama atau kerohanian perlulah mantap kerana Albert Einstein pernah
berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. / Memetik kata-kata
mantan Perdana Menteri, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang
anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya
di rumah. / Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus
daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh,
perogol, merompak dan sebagainya.
Perenggan Penutup: Sinergi daripada
semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi
membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup
bermasyarakat yang bebas daripada masalah..../ Kita tidak
seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka
hati dan kenali diri. / Biarlah matahari terus bersinar,
biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang....
No comments:
Post a Comment