Pages

Enjin Carian

Loading...

Tuesday, 20 August 2013

KARANGAN - HUBUNGAN SERANTAU

Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau

       Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua  negara  di dunia perlulah  menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama.Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan atau berhampiran degan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan  mengeratkan hubungannya degan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi serta teknologi negara.Menurut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri,hubungan Malaysia dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan pelancongan. Lenggoknya biar bergaya tetapi mengena,tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang ampuh  dengan  menjalinkan  hubungan yang erat dengan negara-negara lain kerana hal ini amatlah “menguntungkan “  negara  Malaysia. Ironisnya, apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau?
       Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman  dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. .Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN  mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali  bagi  mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-negara serantau.Kata orang tua-tua,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau.
       Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu  zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .Buktinya,rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh  untuk menguasai pasaran dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti walaupun barang tersebut mahal harganya  kerana  alah membeli menang memakai. Terbuktilah sudah bahawa  menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi negara kita.
      Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara.  Penubuhan NAM telah berjaya  mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil contoh,negara Malaysia  mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau seperti negara Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat  mengekalkan keamanan  di negara Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia yang ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dannegara serantau haruslah menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.
      Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka  .Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.Dengan itu,sesebuah negara harus memberi  bantuan apabila negara lain memerlukan bantuan  dari kuasa luar.Beberapa bulan yang lalu, negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana,misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila berlakunya gempa bumi  di negara Indonesia. Negara serantau akan memberi bantuan dengan segera  apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain; bak kata pepatah perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara serantau amat penting kepada negara kita.
     Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti  yang tersohor,kerjasama akademik telah dijalinkan antara Universiti Malaya dengan universiti –universiti yang lain. Sesungguhnya pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang. Justeru,sistem pendidikan perlu ditingkatkan  supaya negara dapat mencapai kemajuan dalam semua aspek.Universiti tempatan harus  bekerjasama dengan universiti  di negara  serantau agar  taraf pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana  bersekutu bertambah mutu. Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, serta Universitas Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.

     Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau kerana hal tersebut amat menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu penghalang perlulah “dihapuskan” agar hubungan baik dengan negara serantau dapat dijalinkan.Kalau bukan sekarang,bila lagi?

No comments:

Post a Comment